ARKIB : 28/05/2011
Cerita duka Tanjung Kupang
![]() |
|
MUKA depan Utusan Malaysia keluaran 6 Disember 1977. - PUSAT MAKLUMAT UTUSAN |
SEHINGGA kini, punca nahas masih menjadi teka-teki. Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana kesemua 100 orang (93 penumpang bersama tujuh anak kapal) dalam penerbangan komersial tersebut terkorban.
Kisah pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Boeing 737 terhempas di hutan bakau Kampung Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977, penuh tragis dan amat menyayat hati.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pesawat malang tersebut dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Ia disifatkan sebagai nahas udara terburuk negara dan yang kedua berlaku di Malaysia dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Kemalangan pertama berlaku pada 27 September 1977, membabitkan kapal terbang penumpang DC-8, kepunyaan Japan Airlines (JAL) yang terhempas di Ladang Elmina dekat Sungai Buloh, Selangor. Ia mengorbankan seramai 33 penumpang manakala 46 yang lain cedera.
Bagaimanapun, tragedi nahas di Tanjung Kupang banyak mendapat liputan berikutan ia membabitkan orang kenamaan. Antara yang terkorban ialah Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad.
Paling mengerikan, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan berkecai, tiada satu mayat pun dikebumikan lengkap anggota tubuh mereka.
Walaupun tiada saksi yang mampu menghuraikan teka-teki berdarah tersebut, pihak MAS telah mengesahkan pesawat itu dirampas. Siapa yang bertanggungjawab, itu gagal dipastikan secara rasmi.
Antara pihak yang sering dikaitkan atau didakwa terlibat dalam rampasan yang mengundang perdebatan berterusan itu ialah tentera merah Jepun, militan Vietnam dan kumpulan penentang kerajaan Cuba.
Kisah penuh duka ini turut mendapat perhatian seorang penulis, Dzul Karnain Ithnain apabila beliau menghasilkan sebuah novel berbahasa Melayu dengan tajuk Tragedi Empat Disember. Novel tersebut kini dijadikan buku rujukan pelajar bagi tahap Penilaian Menengah Rendah.
Wartawan S2, SITI MARIAM MD. ZAIN dan MAZNAH ARSHAD serta jurugambar, RAJA JAAFAR RAJA ALI ke Tanjung Kupang baru-baru ini untuk membawa pembaca mengimbau kembali detik-detik cemas yang berlaku sebelum dan selepas tragedi tersebut.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










