VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 18/05/2011

Al-Quran digital


Kecanggihan pemikiran dan kreativiti umat Islam telah menghasilkan al-Quran dalam bentuk digital. - Gambar hiasan


PERKEMBANGAN teknologi pada hari ini memberi banyak manfaat. Manusia dapat menguruskan sesuatu perkara dengan mudah dalam masa yang singkat. Jika dahulu al-Quran ditulis dalam bentuk mushaf telah memberi banyak kemudahan kepada umat Islam untuk tujuan pembacaan dan memahaminya. Namun setiap mushaf yang ditulis memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

Tetapi dengan terciptanya alat percetakan, al-Quran boleh dicetak dengan jumlah yang banyak dalam waktu yang singkat. Sebagai contoh Percetakan Malik Fahd di Arab Saudi sejak mula ditubuhkan hingga sekarang telah mencetak lebih 100 juta naskhah al-Quran. Ini tidak dikira lagi percetakan al-Quran di negara Islam yang lain seperti Mesir, Libya, Lubnan, Malaysia, Indonesia, India dan lain-lain.

Penghasilan al-Quran terus melangkah ke hadapan dengan terhasilnya al-Quran dalam bentuk rakaman sama ada melalui piring hitam atau kaset. Ramai qari terkenal telah merakam bacaan al-Quran 30 juzuk sama ada dari negara Arab atau di Malaysia sendiri. Dengan itu bacaan al-Quran boleh didengar dengan jelas walaupun dalam situasi yang sibuk seperti ketika memandu kenderaan dan sebagainya.

Pada hari ini penggunaan piring hitam dan kaset sudah ketinggalan zaman. Kerosakan banyak berlaku pada alat tersebut dan menyebabkan bacaan al-Quran yang dimainkan juga terjejas. Teknologi terus berkembang. Kecanggihan pemikiran dan kreativiti umat Islam telah dapat menghasilkan al-Quran dalam bentuk digital.

Al-Quran digital ini mempunyai banyak bentuk. Ada yang berbentuk paparan ayat al-Quran di skrin sama ada melalui telefon bimbit atau komputer dan pembaca dapat membaca mengikut surah mana yang dikehendaki dengan sekadar menaip surahnya sahaja. Ada juga yang berbentuk paparan ayat al-Quran bersekali dengan suara bacaan dari qari terkenal seperti Syeikh Mahmud Khali Khusari, Syeikh Sudais, Syeikh Saud Syuraim, Syeikh Abdul Basit dan lain-lain.

Selain itu ada juga bacaan al-Quran sahaja. Penghasilan al-Quran dalam bentuk digital ini sebenarnya adalah untuk membantu umat Islam menjadi lebih dekat kepada al-Quran. Alasan tidak ada masa untuk membaca al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian sebenarnya tidak boleh lagi menjadi hujah. Suri rumah yang sibuk dengan mengemas rumah sepanjang hari boleh memainkan bacaan al-Quran dan mendengarnya sambil berkemas.

Pegawai yang bekerja di pejabat boleh memainkan bacaan al-Quran dengan suara yang perlahan sambil meneruskan kerja. Namun semua itu mestilah menjaga adab-adab supaya tidak menganggu rakan kerja yang lain.

Sebagai peringatan, dalam kita mencari manakah al-Quran digital yang sesuai untuk kita miliki pastikan al-Quran digital yang hendak dibeli mempuyai sijil pengesahan dari Lajnah Tashih al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Banyak permohonan dari syarikat pengeluar agar al-Quran digital disemak dan disahkan oleh Lajnah Tashih namun banyak yang ditolak kerana terdapat kesalahan yang tidak boleh dibaiki antaranya tulisan ayat di paparan tidak mengikuti Rasm Uthmani, salah dari sudut dabt, salah bacaan dan lain-lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.