ARKIB : 13/05/2011
Suspek pukul penguat kuasa JPJ serah diri
KUALA TERENGGANU 13 Mei – Dua daripada empat suspek yang dipercayai mencederakan seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Isnin lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun hari ini.
Kedua-dua suspek yang berusia 19 dan 45 tahun itu sebelum ini diburu polis selepas kejadian tersebut.
Suspek pertama merupakan pemandu kereta yang cuba melarikan diri ketika sekatan di Stesen Jambatan Timbang JPJ, Bukit Besi, Dungun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mereka yang menyerah diri kira-kira pukul 7.30 pagi ini kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
“Polis juga meminta agar dua lagi suspek atau mana-mana ahli keluarga mereka yang ada ketika kejadian tampil bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai penguat kuasa JPJ, Ismail Daud, 45, cedera akibat dipukul oleh empat orang lelaki ketika sedang menjalankan tugas.
Ketika kejadian, mangsa dan seorang rakannya sedang mengadakan sekatan jalan raya sebelum muncul sebuah kereta yang dipandu seorang remaja lelaki bersama tiga rakannya dan kemudian terus memecut.
Setelah berjaya ditahan, pegawai JPJ itu dibelasah dengan bantuan seorang lelaki dewasa yang dipercayai bapa kepada remaja terbabit. - Utusan
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









