VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 12/05/2011

Jerebu: Pelabuhan Klang catat IPU tidak sihat

12/05/2011 4:39pm

KUALA LUMPUR 12 Mei Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini adalah di tahap sederhana kecuali Pelabuhan Klang yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya, Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104, berbanding 97 pukul 5 petang semalam.

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Keadaan berjerebu dalam negara dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka, termasuk di Sumatera.

Sementara itu 28 kawasan mencatatkan IPU sederhana Banting (96), Kuala Selangor (85), Petaling Jaya (82), Shah Alam (86), Nilai (88), Batu Muda, Kuala Lumpur (84), Cheras (76), Putrajaya (71), Port Dickson (82), Seremban (74), Bandaraya Melaka (81) dan Bukit Rambai (85).

Kawasan lain yang turut merekodkan IPU sederhana ialah Muar (78), Larkin Lama (54), Pasir Gudang (52), Balok Baru (61), Indera Mahkota (54), Jerantut (57), Tanjung Malim (66), Keningau (54), Kota Kinabalu (57), Labuan (55), Bintulu (72), Limbang (53), Miri (52), Samarahan (56), Sibu (61) dan Tanah Merah (52).

Sementara itu antara kawasan yang merekodkan IPU bersih ialah Kota Tinggi (46), Jalan Tasek, Ipoh (35), Seri Manjung (37), Kangar (33), Perai (37), Universiti Sains Malaysia (USM) (25), Sandakan (35), Alor Setar (34), Tawau (42), Kuching (43) dan Kemaman (40). Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.