VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 11/05/2011

Flow pilihan bersaiz XL

MEMANG tidak ada apa yang pelik jika dahulu bersaiz S tapi kini menginjak ke saiz XL. Bahkan menurut tinjauan rambang majoriti wanita di Malaysia mengalami masalah kenaikan berat badan seiring dengan pertambahan usia.

Sekali gus menjadikan golongan ini 'memencilkan' diri daripada berfesyen kerana ruang pilihan yang begitu terhad di pasaran kita.

Realiti yang sama dirasai oleh Lavina Valiram, ibu kepada dua cahaya mata lelaki. Perubahan bentuk badan yang tidak menentu membuatkan dia tertekan dan meluahkan pada rakan-rakan.

"Ketika bercuti di Bali bersama rakan-rakan kami membincangkan perkara yang sama. Bagaimana menjadikan perubahan bentuk badan sesuatu yang bukan teruk dan bagaimana untuk membuatkan kita berasa elok dengannya.

"Jadi mengambil inspirasi daripada diri sendiri dan kawan-kawan saya menubuhkan jenama Flow ini," jelasnya yang ditemui di butik Flow yang terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah Lavina meletakkan niat tersebut sebagai satu matlamat untuk menggembirakan semua wanita dan bukan bermotifkan keuntungan semata-mata.

"Flow menggunakan tagline perniagaan You Got Curve (anda mempunyai potongan) supaya semua wanita berasa gembira dan tidak sesekali berasa malu atau rendah diri dengan keadaan mereka. Itulah mesej yang ingin saya sampaikan.

"Tidak sangka, niat saya dipermudahkan apabila saya mempunyai kumpulan pereka yang kreatif, bahagian pemasaran yang tangkas. Untuk merealisasikan Flow kami hanya mengambil masa selama setahun sahaja selepas idea dilontarkan," jelasnya.

Memanglah tidak dinafikan bahawa media juga banyak memaparkan wanita bertubuh langsing sebagai seorang yang cantik.

Tapi perlu diingatkan juga wanita bertubuh besar seperti Beyonce dan J. Lo amat menarik pada penampilan dengan tubuh yang berisi.

"Pasaran Malaysia amat terhad menawarkan pilihan untuk mereka yang bertubuh besar.

"Di Flow kami tidak mempunyai umur sasaran. Sesiapa sahaja yang bertubuh besar boleh mendapatkan apa jua pakaian, sama ada untuk ke pejabat, kasual, majlis makan malam, berparti malah kami juga lengkap menyediakan aksesori yang sesuai untuk bentuk tubuh yang sedia dipadankan dengan pakaian masing-masing," jelas Lavina.

Lavina juga ingin menggalakkan wanita yang bertubuh besar agar berani mencuba warna selain dari warna gelap dan kusam.

"Flow menampilkan pilihan warna menarik yang lebih segar dan menceriakan anda. Malah pembantu jualan di Flow juga telah dilatih khusus oleh kumpulan pereka fesyen kami supaya dapat memberi nasihat pakaian manakah yang bersesuaian bagi pelanggan yang mahukan khidmat rundingan.

"Saya mahu setiap pelanggan yang melangkah ke dalam Flow rasa gembira dan rasa bangga bahawa mereka juga berhak bergaya seperti wanita lain.

"Flow menawarkan rekaan bercorak klasik, formal, tube, top, jaket, suit dan kasual yang menepati kehendak pelbagai lapisan umur dan status. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan yang paling utama ialah kualiti yang ditawarkan adalah yang terbaik," ujarnya.

Flow di Suria KLCC merupakan cawangan yang pertama dan cawangan yang kedua akan dibuka di Pavilion, Kuala Lumpur pada Jun tahun ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.