VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 11/05/2011

Kronologi tulisan dan cetakan al-Quran

SATU-satunya mukjizat Nabi Muhammad SAW yang masih kekal hingga ke hari ini yang boleh dihayati oleh umat Islam ialah al-Quran. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Zikr (al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya.

(al-Hijr: 9)Sejarah membuktikan bahawa sejak ia diturunkan iaitu seribu empat ratus tahun dahulu hingga ke hari ini, al-Quran tetap terpelihara dengan baik.

Al-Quran terjaga dengan sempurna pada zaman Rasulullah dari bercampur dengan hadisnya. Pada permulaan turunnya wahyu, Rasulullah telah melarang para sahabat menulis hadisnya bersama al-Quran dengan mengarah supaya memadamkan hadisnya.

Larangan tersebut bagi memastikan al-Quran ditulis dengan terpelihara dari segala percampuran dengan hadis baginda. Walaupun ketika itu kelengkapan dan kemudahan penulisan tidak sempurna seperti hari ini namun semua ayat al-Quran ditulis oleh para sahabat sama ada di belulang, kepingan batu, pelepah tamar dan lain-lain.

Pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, al-Quran dikumpul dalam bentuk suhuf dengan maksud susunan ayat dalam surah diatur mengikut susunan yang ada sekarang tetapi surahnya belum diatur.

Pada zaman Uthman Ibn Affan, al-Quran disusun mengikut aturan yang ada sekarang ini sama ada ayat atau surahnya. Ibnu Hajar menyatakan susunan yang dibuat oleh Uthman yang menyusun ayat dan surah itu dinamakan mushaf.

Justeru perbezaan suhuf dengan mushaf adalah susunan pada surah. Peringkat awal, al-Quran disalin dengan tulisan tangan dari satu generasi hingga generasi seterusnya.

Perkembangan teknologi dalam penerbitan dengan terciptanya mesin cetak untuk menerbit buku dan majalah telah digunakan umat Islam untuk mencetak al-Quran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.