VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 10/05/2011

Tanda tanya nama M. Jamil Sarimah


PARA pelakon Momok Jangan Panggil Aku sewaktu pratonton filem itu di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.


APABILA melihat poster Momok Jangan Panggil Aku (MJPA), para penonton dapat membayangkan betapa seramnya filem itu daripada segi wajah hantu yang dipaparkan pada poster tersebut.

Pada masa sama, para penonton yang telah menonton filem terbitan Galeksi Seni Sdn. Bhd., itu pula akan tertanya-tanya dengan nama pelakon M. Jamil Sarimah yang tertera pada poster itu.

Ini kerana, pelakon dan pengarah filem itu seolah-olah menggunakan nama ibunya sebagai bin menggantikan nama bapanya sehingga ia boleh mengelirukan para peminat.

Menurut pengarah MJPA, M. Jamil Zulkifli, dia tidak berniat begitu kerana memang mengetahui bahawa hanya orang Islam yang telah meninggal dunia sahaja yang dibinkan dengan nama ibu masing-masing.

Sebaliknya, anak seniwati Datuk Sarimah Ahmad yang berusia 47 tahun itu berkata, dia berbuat demikian sebagai suatu penghargaan buat ibunya yang kini tidak berlakon kerana faktor usia dan kesihatannya yang kurang mengizinkan.

"Saya langsung tidak ada niat mahu menjual nama ibu saya. Ini kerana, dia pun agak uzur dan tidak larat untuk berlakon lagi. Sebab itu, saya letak nama ibu selepas tertera nama saya. Saya sengaja besarkan nama ibu saya itu.

"Selain itu, credit nama Arif juga saya letakkan nama S. Samsudin dan turut membesarkan namanya pada poster filem ini walaupun dia tidak berlakon.

"Jadi, saya harap para peminat jangan salah faham atau membuat andaian yang bukan-bukan. Niat saya ialah sebagai penghargaan buat ibu saya dan S. Samsudin," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan selepas pratonton MJPA di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu, Jamil berkata, filem itu turut menggunakan nama-nama watak seperti Ramlee, Aziz dan Sudin.

Ia secara tidak langsung akan mengingatkan para penonton akan watak-watak dan nama pelakon Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsudin dalam filem Bujang Lapok.

MJPA telah mula ditayangkan di 57 pawagam seluruh negara mulai 5 Mei sebagai meneruskan populariti dan kesinambungan filem Momok The Movie yang diarahkannya sebelum ini.

"MJPA tiada kena mengena dengan cerita Momok The Movie. Cuma saya kekalkan penjenamaan cerita hantu ini sejak tahun 2004. Daripada situ ramai penonton yang sudah kenal dengan konsep hantu ini.

"Malah, font atau bentuk tulisan Momok itu juga saya masih kekalkan sehingga kini. Biarpun Momok sudah menjadi jenama sebuah filem seram tetapi saya tetap mengeluarkan bajet sehingga RM300,000 untuk promosi.

"Ia termasuklah iklan di televisyen, radio dan akhbar. Kos promosi mungkin akan mencecah sehingga RM500,000 meskipun kos pembikinan filem ini cuma sekitar RM1.5 juta sahaja," ujarnya.

Selain menerbit dan mengarahkan MJPA, Jamil turut melakonkan watak Ramlee di samping pelakon lain seperti Zarina Zainuddin, Cassandra Patrick, Arif S. Samsudin dan Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers.

Dalam perkembangan lain, Jamil juga menafikan desas-desus mengenai filem terbaru yang akan diterbitkan tidak lama lagi cuba mengeksploitasikan nama Sarimah.

"Filem itu bukan tentang ibu saya, sebaliknya ia mengenai kehidupan saya sejak dari kecil. Ia tidak fokus kepada ibu saya tetapi berdasarkan perspektif saya menjadi anak wayang.

"Kebanyakan bahan yang akan saya filemkan itu berdasarkan daripada buku tulisan saya yang berjudul Anak Jalan Ampas. Sudah hampir 10 tahun saya tulis buku itu. Dalam hal ini, saya tidak perlukan persetujuan ibu saya.

"Lagipun sebagai anak, saya tidak akan menulis atau memaparkan perkara-perkara tidak elok tentang ibu saya," jelasnya lagi.

Selain tayangannya di Malaysia, MJPA juga akan ditayangkan di tiga buah panggung wayang di Brunei. Maklumat lanjut tentang filem ini sila layari laman sesawang: http://momokthemovie.blogspot.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.