VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 09/05/2011

Kuih tradisional sejuk beku

BERGELAR sebagai usahawan memerlukan seseorang itu sentiasa bekerja keras, peka dan memiliki daya kreativiti tinggi untuk memastikan produk menjadi pilihan ramai.

Lebih-lebih lagi, dewasa ini para pengguna lebih cerewet dalam memilih produk berkualiti tinggi berikutan lambakan produk makanan dipasaran.

Bagi usahawan yang memiliki nama Rozaini Salleh, usahanya berniaga produk makanan sejuk beku secara kecil-kecilan kini mampu dibanggakan.

Segalanya bermula dengan hanya sekadar perusahaan dirumah. Kini Rozaini memiliki kilang pemprosesan produk makanan sejuk beku sendiri.

Jelasnya, segalanya bermula apabila dia mula berjinak-jinak untuk mempelajari cara membuat kuih tradisional menerusi bimbingan ibunya.

"Masa itu terfikir kuih-muih tradisional yang dijual tidak banyak pilihan, perlu dibuat sendiri, malah rasanya tidak sama seperti asal.

"Mula-mula belajar buat sendiri, timbul idea untuk berniaga. Namun kuih tidak dapat bertahan lama apabila sudah dimasak. Justeru, idea sejuk beku merupakan pilihan yang terbaik untuk dijadikan produk perniagaan," ujarnya.

Rozaini ditemui di kilangnya sempena lawatan media bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke Kedah, baru-baru ini.

Anak jati Gurun, Kedah itu memilih kuih-muih tradisional berikutan produk tersebut merupakan makanan kegemaran rata-rata rakyat negara ini.

Menggunakan jenama kormersial Nani's bagi produk sejuk beku, dia telah menubuhkan syarikat Ambang Dorongan Sdn. Bhd. (ADSB) pada tahun 1996 di Gurun bagi memastikan kelancaran perniagaannya.

Di kilangnya, pelbagai jenis kuih muih dihasilkan seperti cucur badak, cucur kacang hijau, karipap sayur, karipap pusing, apam kukus, samosa, donut, popia, onde-onde dan roti paratha.

Bagi Rozaini, cabaran terbesar dalam memasarkan kuih muih yang telah disejuk beku adalah dari segi teknik pembungkusan dan kualiti rasa kuih yang telah dihasilkan.

"Untuk memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan cita rasa kuih yang dihasilkan saya perlu memastikan bahan yang digunakan mengikut resipi.

"Jika kualiti rasa tidak dikawal, maka setiap kuih tersebut tidak akan dapat menambat hati pembelinya," katanya.

Pihaknya juga turut menghadapi cabaran dalam mengekalkan cita rasa kerana kuih muih yang telah disejuk beku akan disimpan dalam jangka masa yang agak lama dan dikhuatiri mengurangkan keenakannya.

"Saya telah melakukan beberapa uji kaji dan didapati produk sejuk beku dapat bertahan hingga setahun dan masih elok.

"Tetapi untuk tujuan pemasaran, had tamat tempoh perlu dipendekkan bagi memastikan keyakinan pengguna terhadap produk ini," jelas beliau.

Di sebalik cabaran-cabaran tersebut, produk sejuk beku usahawan bimbingan FAMA itu juga telah berjaya menembusi beberapa pasar raya besar tempatan.

Tambah Rozaini, bagi menembusi pasar raya tempatan, pihaknya perlu menyediakan pakej pembungkusan kemas dan menarik.

Ke semua produk Nani's turut melalui pemeriksaan kualiti dan memenuhi kriteria produk berstatus halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kini, produk sejuk beku daripada Nani's ini boleh didapati di mana-mana pasar raya terkemuka di seluruh negara.

Bagi Rozaini, tumpuannya kini bukan sahaja untuk menembusi pasaran luar negara malah dia sedang mencari agen dan individu yang berminat untuk memasarkan produknya sama secara kecil-kecilan mahupun skala yang lebih besar.

Mereka yang berminat, boleh menghubungi pihak pengurusan Nani's di talian 04-4647125 atau email kepada nanisfrozen@yahoo.com atau melayari laman web Nani's di www.nanis.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.