VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 08/05/2011

Badan cergas, minda sihat

Senaman, bersukan dan aktiviti fizikal memberi banyak manfaat kepada anak-anak anda.

Anak anda boleh mengekalkan berat badan yang ideal dan meningkatkan kecergasan fizikal sekiranya mereka mendapat makanan berkhasiat dan mengamalkan aktiviti fizikal.

Bersenam dengan kerap dapat melancarkan peredaran darah, menjaga kesihatan jantung dan menguatkan tulang serta otot. Dengan ini, anak-anak anda menjadi lebih bertenaga dan lebih kuat untuk melakukan aktiviti yang digemari, serta membolehkan mereka cergas sepanjang hari.

Aktiviti fizikal bukan sahaja menyihatkan badan, bahkan boleh mengasah pelbagai kemahiran dan bakat masing-masing.

Bermain dan bersukan menguji keupayaan fizikal manakala aktiviti secara berpasukan memberi peluang kepada anak anda untuk berinteraksi dengan rakan sebaya, membina kemahiran menyelesaikan masalah dan menyemai nilai-nilai kepimpinan. Semua ini merupakan peluang baik dalam membentuk perwatakan anak anda dan membantu mereka menjadi individu yang lebih yakin dan cekap.

Berapa banyak senaman yang mereka perlu lakukan?

Anak anda perlu terus aktif setiap hari dengan melakukan pelbagai aktiviti. Rujuk Piramid Aktiviti Fizikal bagi mendapatkan panduan mudah mengenai cara memastikan anak anda terus aktif setiap hari.

Aktiviti yang disenaraikan di bahagian bawah piramid hendaklah dimasukkan ke dalam rutin harian anak anda, manakala yang paling atas adalah aktiviti santai yang perlu dihadkan.

Anda boleh mengurangkan aktiviti santai anak anda setiap hari dengan:

* Menghadkan masa menonton TV, bermain permainan video dan duduk tanpa melakukan apa-apa.

* Jika anda tinggal di pangsapuri atau kondominium, gunakan tangga sekurang-kurangnya sebahagian daripada perjalanan naik atau turun.

* Jika sekolah berhampiran rumah, teman anak berjalan kaki ke sekolah.

* Galakkan mereka aktif dengan mengajak mereka membantu kerja-kerja rumah seperti mengemas bilik mereka sendiri, menyapu lantai dan menyiram pokok di halaman rumah.

Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Bulan Pemakanan Sihat Malaysia, kempen promosi pemakanan tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia. NMM 2011 disokong oleh Wyeth (Wyeth kini sebahagian daripada Pfizer Inc) sebagai penaja utama dan ditaja bersama oleh Nestle Products Sdn Bhd, Malaysia Milk Sdn Bhd (Vitagen), Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd, Yakult Malaysia Sdn Bhd, Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd, dan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nutriweb.org.my atau hubungi sekretariat NMM 2011 menerusi talian 03-5637 3526.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.