VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 05/05/2011

Mendalami habitat haiwan

JOHOR BAHRU 4 Mei - Seramai 759 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (SKBU2) telah menyertai program Living In Classroom at Zoo Johor di sini, baru-baru ini.

Ketua Panitia Sains SKBU2, L. Chandra berkata, program yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut di zoo itu disertai murid-murid tahun empat, lima dan enam sekolah tersebut.

Katanya, antara tujuan program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah berprestasi tinggi (SBT) tersebut tentang habitat haiwan dan persekitarannya yang sebenar.

Chandra berkata, program itu membolehkan murid-murid terbabit mendapat pengetahuan dan memahami secara mendalam tentang haiwan sama ada yang hampir pupus atau sedang mengalami kepupusan.

"Sepanjang lawatan dari pukul 9 pagi hingga 1 petang itu dengan dibantu Penjaga Zoo Johor, Omar Othman, murid-murid telah diberi penerangan dan pendedahan yang begitu informatif berhubung haiwan terbabit.

"Tujuan kita mengadakan program seumpama ini untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan saintifik, di samping memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid melihat sendiri pelbagai spesies haiwan dalam dunia dan persekitaran sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, pengisian sepanjang program itu termasuk memperkenalkan burung-burung dan spesies monyet, pertunjukan burung kakak tua, pengenalan kepada badak air dan cara pemakanannya.

Selain itu, kata Chandra, murid-murid turut dibawa melawat kandang mamalia seperti singa, harimau, beruang madu, orang utan dan banyak lagi.

Menurutnya, program itu turut diserikan dengan pertunjukan haiwan reptilia iaitu ular sawa dan diakhiri sesi bergambar bersama burung kakak tua.

Jelas Chandra, kejayaan melaksanakan program itu turut mendapat sokongan jitu daripada Guru Besar, Fuziah Hassan serta guru-guru panitia sains lain termasuk Suhaila Safar, Idayu Yusuf dan Cemelia Mohd. Kamal.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.