VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 05/05/2011

Pencemaran bunyi di Kuala Lumpur serius

SELAMA ini kita asyik mendengar tentang isu-isu pencemaran seperti pencemaran udara, sungai dan alam sekitar yang kerap berlaku di Malaysia.

Ada satu lagi pencemaran yang kerap berlaku di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur ialah pencemaran bunyi.

Pencemaran bunyi tidak semestinya datang dari kilang atau tempat pembinaan. Ia berpunca daripada kenderaan, terutama pemandu yang gemar menekan hon tidak tentu hala terutamanya pemandu bas.

Mereka suka sangat menekan hon yang amat terlampau bunyinya sehingga menyebabkan pengguna lain tidak selesa.

Tempat paling ketara berlaku "medan hon" di Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit, Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tun Perak.

Apabila kesesakan berlaku, maka bermulalah mereka menekan atau berperang hon sesuka hati mereka dan boleh menyebabkan pemandu lain mengalami tekanan.

Mereka patut bersikap bertimbang rasa terhadap pemandu-pemandu yang lain. Kalau sudah tidak bergerak, usahlah "bermain" dengan hon itu.

Ia boleh mendatangkan kesan yang amat buruk jika perkara ini tidak diambil begitu serius.

Ia menyebabkan gegendang telinga pecah atau menyebabkan serangan jantung kerana terkejut dengan bunyi hon yang amat kuat sekali.

Di beberapa buah negara maju, pihak berkuasa tempatan telah membuat satu undang-undang pemandu tidak dibenarkan menekan hon sesuka hati di dalam bandar.

Ini menunjukkan bahawa mereka amat memandang serius dalam hal ini bagi mengelakkan kesan buruk kepada pendengaran dan kesihatan.

Saya berharap pihak berkuasa di Malaysia juga mengambil tindakan segera supaya dapat menghalang pencemaran bunyi terus berlaku di dalam bandar raya Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.