VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 03/05/2011

SPNB tawar 4 model rumah mesra rakyat baru

03/05/2011 11:53am

IPOH 3 Mei - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memperkenalkan empat reka bentuk baru Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebelum hujung tahun ini yang akan memberi lebih pilihan kepada penerima skim itu.

Pengarah Urusan SPNB Datuk Kamarul Rashdan Salleh berkata, rumah-rumah baru itu akan dijual pada harga RM55,000 hingga RM65,000 berbanding RM75,000 bagi rumah sedia ada.

"SPNB menerima 13 cadangan reka bentuk RMR yang sesuai dengan keadaan semasa serta menepati spesifikasi yang dikehendaki dan kesemuanya akan dihantar kepada Kementerian Kewangan untuk penilaian dan pemilihan.

"Daripada jumlah itu, hanya empat reka bentuk akan dipilih dan akan menjadi model baru yang akan mula diperkenalkan pada suku keempat tahun ini, katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.