VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 03/05/2011

Kobemas tingkat pendapatan

MELAKA 2 Mei - Penglibatan dalam perniagaan koperasi diyakini membantu mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan pendapatan masyarakat terutama penduduk luar bandar.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Amirudin Yusof berkata, antara usaha yang digerakkan bagi menghapus kemiskinan tegar serta mengurangkan kemiskinan di negeri ini adalah melalui penubuhan Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas).

Menurutnya, penubuhan Kobemas setakat ini berjaya membantu lebih 21,000 penduduk miskin di Melaka keluar daripada belenggu kemiskinan.

''Melaka kini sudah diiktiraf sebagai negeri maju pada tahun lalu dan kita harap dengan pencapaian ini, lebih ramai masyarakat berminat menyertai perniagaan koperasi seperti yang diamalkan di kebanyakan negara maju di Eropah," katanya.

Beliau berucap pada penutupan Coop Fest Zon Selatan 2011 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.

Program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bermula kelmarin itu diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh dengan disertai 74 pengusaha koperasi dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Amirudin berkata, setakat ini, sebanyak 289 koperasi telah berdaftar di negeri ini dengan bilangan anggota seramai 155,561 orang.

Pada masa yang sama, ujarnya, SKM Melaka telah mendaftarkan sebanyak 35 buah koperasi komuniti yang terdiri daripada koperasi keluarga, institusi pengajian tinggi, usahawan, Koperasi Bela Rakyat (Kobera), belia dan ahli sukan.

Mengenai penganjuran Coop Fest Zon Selatan, Amiruddin berkata, ia telah bermula dua tahun lalu bertujuan memberi peluang kepada kontraktor mempromosi dan memasarkan produk, membudayakan keusahawanan koperasi dan menjalin rangkaian antara koperasi.

Usaha ini, kata beliau, menyediakan ruang kepada operator koperasi melaksanakan hubungan kerjasama lebih luas antara koperasi lain.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.