VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 26/04/2011

Kaji punca kemerosotan penguasaan bahasa

KUALA LUMPUR 25 April - Kerajaan diminta mengkaji punca kemerosotan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar dan masyarakat walaupun ia merupakan bahasa kebangsaan.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana didapati kumpulan terbabit khususnya para pelajar gagal menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Lebih menyedihkan lagi terdapat sebahagian masyarakat bukan sahaja gagal menguasai bahasa Melayu malah, mereka tidak menghargai bahasa itu meskipun lahir, hidup dan dibesarkan di Malaysia.

"Inilah realiti yang berlaku sekarang. Pelajar-pelajar kita sudah tidak menguasai bahasa ini dan begitu juga dengan sebahagian daripada masyarakat kita.

"Mereka lebih terdorong menggunakan bahasa lain seperti Inggeris hingga menyebabkan penguasaan bahasa Melayu semakin terhakis dari hari ke hari," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Firdaus pernah menegur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika persidangan Dewan Negara kerana agensi itu dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam memastikan bahasa kebangsaan digunakan dengan betul pada premis komersial di ibu negara mengikut peraturan yang ditetapkan.

Mengulas lanjut Firdaus berkata, kenyataannya itu bukan sebagai satu bentuk dakwaan sebaliknya ia merupakan hakikat yang berlaku.

Sebagai contoh katanya, selain Ahli Dewan Negara, beliau juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya.

"Di universiti saya telah meminta pelajar-pelajar membaca dan meneliti satu artikel yang telah diterbitkan 15 tahun lalu. Mereka kata, mereka sukar hendak faham.

"Berbanding dengan pelajar-pelajar saya 15 tahun lalu, mereka membaca dan meneliti artikel yang sama dan mereka tidak ada masalah untuk memahami artikel tersebut," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.