VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 25/04/2011

Buka akaun Facebook

Bagaimana cara hendak buka akaun sosial Facebook? . Perlukah saya membuka satu lagi akaun emel baru dan bolehkah saya menguna kata laluan (password) yang sama ketika hendak membuka akaun Facebook tersebut ?

l Apakah cara masukkan imej / objek daripada kad memori telefon bimbit dan kamera digital ke dalam PC dan laptop . Apakah perisian yang diperlukan?

Liza, Kuala Terengganu.

Bagi menjawab soalan pertama. Pertamanya anda perlu pergi ke laman web Facebook di http://www.facebook.com. Pada muka depan lama web tersebut ada ruangan pendaftaran yang dikenali sebagai Sign Up. Masukkan segala data yang diperlukan di ruangan kosong.

Bagi maklumat berkenaan dengan e-mel, anda boleh memasukkan maklumat e-mel yang sedia ada selagi ia belum didaftarkan di web Facebook ini. Sekiranya tiada e-mel, anda perlu membuat satu e-mel untuk tujuan pengesahan akaun Facebook anda setelah pendaftaran akaun di buat.

Bagi kata laluan, anda boleh menggunakan kata laluan yang sama digunakan pada e-mel tersebut.

Bagaimana pun, dari segi aspek keselamatan siber, ia tidak digalakkan. Sekiranya anda kurang memahami bahasa Inggeris, boleh tukar antara muka dengan Bahasa Melayu dengan mengklik perkataan Bahasa Melayu yang terdapat di bahagian bawah muka utama laman web tersebut.

Seterusnya klik pada butang Sign Up di bawah borang pendaftaran tersebut. Ikut arahan seterusnya. Setelah itu, pihak Facebook akan menghantar e-mel pengesahan akaun ke e-mel yang didaftarkan.

Semak dalam e-mel untuk dapatkan e-mel pengesahan tersebut.

Sekiranya ada, buka dan klik pada sambungan yang diberi. Akaun Facebook anda telah diaktifkan dan boleh digunakan. Lengkapkan beberapa maklumat yang diperlukan sekiranya perlu.

Bagi menjawab persoalan dua pula, secara umumnya, bagi telefon bimbit dan kamera digital yang mempunyai kad memori ia menyokong sambungan ke komputer. Pastikan terlebih dahulu telefon bimbit dan kamera digital yang digunakan menyokong sambungan ke komputer.

Anda boleh menyambung telefon bimbit dan kamera digital anda ke komputer dengan menggunakan :-

nKabel sambungan USB

nPembaca kad memori USB

nSambungan secara Infra-red

nSambungan secara Bluetooth.

Penggunaan kabel sambungan USB ini biasanya didatangkan bersama-sama dengan kamera digital atau telefon bimbit yang dibeli. Sekiranya tiada, ia boleh dibeli di kedai-kedai komputer atau telekomunikasi.

Bagi pembaca kad memori USB, anda perlu membelinya di kedai-kedai komputer dan pastikan ia sesuai dengan kad memori yang digunakan pada kamera digital dan telefon bimbit.

Seterusnya pastikan sambungan port USB ada pada komputer anda dan berfungsi dengan baik untuk sambungan kabel USB ini ke kamera digital atau telefon bimbit.

Hanya sambungkan sahaja kamera digital atau telefon bimbit ke port USB komputer yang dikehendaki menggunakan kabel sambungan USB.

Bagi pembaca kad memori USB, masukkan kad memori kamera digital atau telefon bimbit ke dalamnya dan sambungkan ke port USB komputer yang dikehendaki.

Bagi sambungan secara Infra-red atau Bluetooth, ia merupakan sambungan tanpa wayar. Telefon bimbit dan kamera digital berserta komputer yang hendak dihubungkan dengan cara ini perlu mempunyai fungsi sambungan Infra-red dan Bluetooth. Ia perlu aktifkan kemudahan sambungan tersebut di antara peralatan-peralatan tersebut.

Sekiranya, apa sahaja jenis sambungan telah berjaya dihubungkan di antara telefon bimbit dan kamera digital dengan komputer, pemindahan fail boleh dilakukan seperti biasa menggunakan Windows, Linux dan sebagainya seperti Windows Explorer. Anda hanya perlu klik dan salin sahaja daripada peralatan tersebut ke komputer dan sebaliknya.

Ia tidak memerlukan perisian yang khas untuk pemindahan fail. Namun demikian ada perisian-perisian tertentu yang boleh digunakan untuk mengurus fail-fail yang terdapat di dalamnya.

Kadang kala pihak pengeluar kamera digital atau telefon bimbit menyediakan perisian untuk melaksanakan pengurusan fail dan sebagainya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.