VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 25/04/2011

Belum ramai ibu tunggal berdaftar dengan persatuan


Che Azizah Che Rashid (tengah), bersama para peserta selepas Merasmikan Program Latihan Menjana Transformasi dan Peningkatan Jati Diri Pemimpin Ibu Tunggal 1Malaysia di Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN


TELUK KEMANG 24 April - Hanya 28,000 ibu tunggal yang berdaftar dengan 17 persatuan di bawah naungan Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM) di seluruh negara sehingga kini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Che Azizah Che Rashid berkata, jumlah itu masih kecil dan dipercayai masih ramai yang belum berbuat demikian sehingga menyukarkan kerajaan untuk memberikan bantuan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

''Apabila ibu tunggal tidak bergiat aktif dalam persatuan, ini akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan, pinjaman, geran, khidmat nasihat serta bimbingan yang disediakan di bawah program pembangunannya.

''Kita merayu kepada ibu tunggal yang masih tidak berdaftar dengan persatuan ini supaya segera berbuat demikian kerana kita percaya jumlah sebenar ibu tunggal ini masih ramai," katanya.

Che Azizah ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan Program Latihan Menjana Transformasi dan Peningkatan Jati Diri Pemimpin Ibu Tunggal 1Malaysia anjuran MPITM dengan kerjasama JPW di Permaisuri Resort, Port Dickson dekat sini hari ini.

Jelasnya, pelbagai program dan aktiviti disediakan kerajaan bagi memudahkan kehidupan ibu tunggal, tetapi malangnya ramai yang masih tidak mengetahui peluang yang disediakan ini.

''Buat masa ini banyak bantuan dan kemudahan dari segi meningkatkan taraf ekonomi wanita termasuk ibu tunggal disediakan oleh kerajaan antaranya program 1Azam, Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit) dan juga Inkubator Keusahawanan Wanita (I-Keunita).

''Jika mereka menyertai persatuan pula, banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh termasuk khidmat nasihat dalam perniagaan dan perusahaan yang diceburi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Azizah memberitahu, pihaknya sedang merancang untuk membina Dewan Nur di seluruh negara yang bakal berfungsi sebagai pusat pelbagai latihan kemahiran untuk wanita termasuk ibu tunggal.

''Buat masa ini, ia masih lagi di peringkat cadangan," katanya.

Sementara itu, Presiden MPITM, Nor Aini Juffery berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 20 peratus pendaftaran ahli baru di setiap negeri menjelang hujung tahun ini.

''Ini bagi memastikan nasib golongan ibu tunggal di negara ini terus terbela sekali gus membolehkan mereka berdikari," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.