VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 23/04/2011

Pendaftaran Skim Prihatin 1WP kini secara online

23/04/2011 11:12am

KUALA LUMPUR 23 April – Warga Wilayah Persekutuan dipelawa menyertai Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan kendalian Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang kini boleh dibuat secara atas talian (online).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, dengan adanya pendaftaran online, YWP berharap dapat mencapai sasaran 50,000 ahli Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun ini.

Sehingga kini, seramai 14,000 warga Wilayah Persekutuan telah berdaftar sebagai ahli skim itu, yang diperkenalkan sejak Jun tahun lepas, katanya pada majlis ramah mesra bersama-sama wakil skim itu di sini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif YWP Datuk Mohd Idris Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif YWP Roslan Hassan.

Raja Nong Chik berkata, skim itu bertujuan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.

Beliau berkata, YWP juga memberi sumbangan berjumlah RM102,500 kepada waris 41 anggota yang meninggal dunia sejak Jun lepas.

Skim itu, yang hanya mengenakan bayaran RM5 bagi pendaftaran seumur hidup, bertujuan membantu meringankan beban anggota keluarga apabila berlaku kematian di mana penama atau pewaris aanggota akan menerima sumbangan RM2,500. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.