VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 23/04/2011

Sektor pertanian penyumbang transformasi negara

KUALA LUMPUR 22 April 2011 - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah amat penting untuk melihat perkembangan sektor pertanian dalam konteks sumbangan kepada transformasi negara yang sedang giat diperjuangkan kerajaan ketika ini.

Sektor pertanian juga, kata Perdana Menteri, merupakan sebahagian daripada agenda transformasi negara yang berdasarkan kepada perancangan tersusun dan sistematik serta bersifat menyeluruh.

''Jangan hendaknya ada di kalangan kita yang salah tanggapan bahawa kerajaan hanya memberi tumpuan kepada sektor korporat atau pembangunan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur sahaja.

''Tetapi perubahan dan transformasi besar ini mesti juga meliputi kawasan luar bandar di seluruh tanah air," katanya ketika berucap merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Pada majlis sama Najib turut melancarkan pasukan Kor Tani iaitu kumpulan yang terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti pertanian dan portal AgriBazaar bertujuan mempromosikan perniagaan dan perdagangan antara pengeluar serta pembekal produk dan hasil pertanian secara atas talian.

Najib menambah, selaras dengan penekanan kerajaan terhadap sektor pertanian itu juga, adalah penting untuk kerajaan melihat tiga ancaman jangka panjang dalam sektor itu yang tidak hanya dihadapi oleh Malaysia malah oleh seluruh negara.

Tiga ancaman itu kata Najib, adalah jaminan bekalan makanan dan peningkatan harga barangan makanan, jaminan bahan tenaga serta cabaran kepanasan global dan perubahan iklim.

''Justeru, adalah penting untuk memastikan sejauh mana kita sebagai sebuah negara mampu membuat persediaan dan perancangan untuk mengurangkan kesan daripada ancaman utama global itu terhadap sektor pertanian negara," jelas beliau.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.