VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 21/04/2011

Seni lukisan batu


seorang pelukis, Rosmaimi Sunario begitu asyik menghasilkan karya seni lukisannya atas batu di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


SENI lukisan pada batu yang menggunakan pewarna akrilik adalah sesuatu yang jarang dan lazimnya dilakukan oleh individu sebagai hobi.

Sebenarnya kebanyakan penduduk Sabah tidak tahu akan seni lukis ini jika tidak kerana Mayuri House of Art and Learning, sebuah galeri seni tempatan yang menghasilkan seni berkualiti termasuk lukisan pada batu bagi tujuan komersial.

Mayuri House buat pertama kali memperkenalkan kerja seni ini semasa Sabah Fest (satu acara tahunan yang diadakan bersempena dengan sambutan Kaamatan) pada 2009 yang mengagumkan para pelawat tempatan dan antarabangsa.

Pentadbir galeri seni itu Pauline Duncan berkata, lukisan atas batu sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru.

"Kami bukan yang pertama untuk melakukannya, tetapi inilah kali pertama satu inisiatif telah diambil untuk mempromosi kerja seni lukisan baru bagi tujuan komersial.

"Apa lagi, seperti kerja-kerja seni kami yang lain, kami lebih menumpukan pada usaha menggalakkan konsep-konsep yang unik bagi Sabah seperti motif tradisional, budaya, penduduk etnik, dan imej-imej seperti Orang Utan dan Gunung Kinabalu," kata beliau semasa ditemui di galeri Mayuri House, di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Beliau berkata awal tahun ini mereka menerima tempahan besar bagi imej arnab atas batu, bersempena dengan Tahun Arnab 2011.

Mereka juga telah memperagakan kerja terbaru seni ini di pelbagai acara yang mereka mengambil bahagian - pesta-pesta tempatan, di sekolah-sekolah, semasa pasar minggu Gaya Street dan di gedung-gedung membeli-belah.

Lukisan batu adalah unik dengan ia menggunakan batu-batu yang saiznya berlainan bersama bentuk menarik dan permukaan licin, yang boleh didapati di sungai atau dibeli daripada pembeli.

Kemudian batu-batu ini dilukis dengan motif atau objek seperti haiwan kesayangan, serangga, hidupan liar dan sehinggakan potret.

Motif serta imej yang dipilih adalah berdasarkan kepada bentuk batu supaya ia mirip dengan objek itu.

Selain daripada hasil seni yang cantik untuk dihargai, kerja seni pada batu ini juga adalah praktikal sebagai cenderahati kerana ia nampak cantik atas meja kerja dan boleh digunakan sebagai pemberat kertas, penahan pintu yang kreatif atau hiasan taman.

Pauline berkata selain daripada menerima tempahan seni lukisan pada batu atau bagi yang sudah tersedia, Mayuri House juga menganjurkan kelas bagi mereka yang berminat belajar seni ini.

"Menghasilkan seni yang berkualiti adalah objektif utama dan kami juga akan menampilkan bakat pelukis tempatan, dan ini dapat dilihat di galeri seni kami di Jalan Lintas.

"Selain lukisan pada batu, kita sebenarnya mempunyai medium kerja seni yang sangat berlainan seperti potret dan pemandangan atas kanvas, cawan, pinggan seramik, dan beberapa daripada imej ini sebenarnya dicetak pada poskad kami yang hakciptanya terpelihara.

"Kami juga mengadakan kelas-kelas berasaskan kepada minat pelanggan kami, jadi mereka yang berminat belajar lukisan pada batu boleh datang berjumpa kami," tambah beliau.

Beliau berkata kelas berkenaan terbuka kepada semua peringkat usia, daripada enam tahun hinggalah dewasa bekerja yang suka melakukan kerja seni sebagai hobi. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.