VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 19/04/2011

Sheikh Imran cetus kontroversi?

SIAPAKAH Sheikh Imran Nazar Hosein? Di Malaysia, nama beliau dikenali berikutan penyebaran klip video syarahannya dalam YouTube yang memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menyatakan ketika pemimpin negara Islam lain takut menentang sistem kewangan dunia yang pro-Barat dan Yahudi, terdapat seorang individu yang berani menentang arus dan beliau ialah Dr. Mahathir.

Sheikh Imran, 69, penulis buku Jerusalem in the Quran ialah tokoh pemikir Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam bidang politik dan kewangan Islam serta hubungan antarabangsa. Beliau cukup kuat menentang Orde Baru Dunia (NWO) dan fahaman Zionisme.

Beliau yang berkelulusan dari Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan dilahirkan di Republik Trinidad dan Tobago iaitu negara kepulauan di selatan Laut Caribbean dan nenek moyang beliau adalah golongan penghijrah yang berasal dari India.

Sheikh Imran pernah menetap di New York selama 10 tahun termasuk menjadi Pengarah Jawatankuasa Bersama Kajian Islam Organisasi Islam Greater New York dan Imam Masjid Dar Al-Quran di Long Island, New York.

Pada Jumaat lalu, beliau telah memberikan syarahan bertajuk, Pandangan Islam Berkaitan Pemberontakan di Negara-Negara Arab di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

Walaupun topik yang akan disampaikannya serius, namun ketika mula-mula menyampaikan syarahannya beliau sempat berseloroh mengenai kesesakan lalu-lintas di Jalan Pantai Baharu dan Lebuh Raya Persekutuan yang dilalui hadirin untuk ke universiti itu.

''Adakah anda tahu berapa harga sebuah helikopter," soalnya dengan serius. Setelah melihat hadirin terpinga-pinga barulah beliau secara berjenaka menjelaskan kenapa soalan itu ditanya.

Kata beliau, itulah satu-satunya cara untuk hadirin mengelak kesesakan lalu-lintas. Kesesakan itu menyebabkan syarahan yang sepatutnya bermula pada pukul 8 malam terpaksa ditunda sehingga 8.45 malam.

Dalam syarahan itu, beliau menjelaskan bahawa sistem kewangan berasaskan riba yang dipelopori golongan pro-Barat dan Yahudi adalah punca utama berlaku kemiskinan di negara-negara Islam.

''Perasaan tidak puas hati terhadap kemiskinan ini telah menyebabkan penduduk di Mesir, Tunisia dan beberapa negara Arab lain melakukan demonstrasi jalanan sehingga menyebabkan kerajaan sedia ada tersingkir," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau yang telah menulis buku bertajuk The Gold Dinar and Silver Dirham - Islam and Future of Money menyarankan supaya dinar emas digunakan sebagai mata wang di negara-negara Islam bagi mengelak umat Islam terus terperangkap dengan sistem kewangan dan ekonomi yang didalangi Yahudi. Idea sama turut diperjuangkan oleh Dr. Mahathir.

Ketika syarahan berkenaan, beliau turut meluahkan perasaan sedih dengan sikap sarjana Islam lain yang tidak banyak memberi respons terhadap apa yang ditulis dalam bukunya.

Sikap dingin itu mungkin berpunca daripada perasaan tidak senang dengan keterbukaan beliau untuk membuatkan tafsiran baru terhadap ayat al-Quran dan Hadis serta mengaitkannya dengan perkembangan semasa yang melanda umat Islam.

Antara pandangan beliau adalah membabitkan fenomena kebangkitan rakyat yang berlaku di Asia Barat sekarang. Beliau berpendapat ia hanya akan memudahkan Israel untuk meneruskan agenda bagi menawan negara-negara Arab dan melemahkan dua negara kuasa nuklear Islam, Pakistan dan Iran.

Menurut beliau, cita-cita rejim Zionis adalah diasaskan kepada beberapa ayat palsu yang sengaja dimasukkan di dalam kitab Taurat yang menyebut Tuhan berfirman bahawa bumi suci kaum Yahudi adalah dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Euphrates di Iraq.

Sheikh Imran meramalkan kebangkitan rakyat termasuk di Mesir bakal menyaksikan kerajaan baru yang dibentuk akan mengamalkan pendekatan lebih pro-Palestin dan bersikap anti-Israel.

''Jika ini berlaku, Israel akan menggunakan alasan ini untuk menyerang penduduk Palestin dan negara-negara Arab kerana negara Yahudi telah diancam oleh kerajaan baru yang kini menyokong Hamas yang dianggap kumpulan pengganas oleh negara Zionis itu," katanya.

Sheikh Imran juga meramalkan pemerintah baru Mesir akan mengamalkan pendekatan lebih terbuka untuk membenarkan kemasukan beramai-ramai penduduk Semenanjung Gaza, yang ingin lari daripada kekejaman rejim Zionis, ke negara itu.

Jelasnya, jika Israel benar-benar berjaya mengalahkan negara-negara Arab maka ia secara tindak langsung akan memudahkannya untuk merealisasikan cita-cita bagi memerintah dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.