ARKIB : 18/04/2011
Jumlah jenayah juvana makin membimbangkan - KP Pelajaran
PUTRAJAYA, 18 April — Bilangan kes jenayah yang melibatkan pelajar atau lebih dikenali sebagai pesalah juvana adalah semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Beliau berkata, ia berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Cawangan Dasar/Pencegahan Jenayah, Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, di mana pesalah juvana kini cenderung melibatkan diri dalam pelbagai salah laku sosial dan jenayah berat.
"Kebimbangan ini jika tidak ditangani dengan segera akan menambahkan lagi bebanan pihak kementerian dalam menangani masalah sosial dan pelbagai kegiatan yang berhubung kait dengan jenayah,” katanya semasa merasmikan uniform Kelab Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan 2011, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata, mengikut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah-sekolah di negara ini, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes-kes kecurian.
Justeru beliau berkata setiap sekolah di negara ini disasar untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah sebagai salah satu usaha bagi mencapai sasaran sifar peratus kadar perlakuan jenayah di sekolah. — Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









