VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 17/04/2011

Dapur bergaya dan praktikal


Dapur induksi sesuai dipasang pada kabinet pulau kerana ia tidak tidak memerlukan penyedut asap.


FUNGSI sebuah dapur kini bukan sekadar ruang memasak. Istilah berbau dan kecah tiada lagi dalam kamus tata hias ruang yang satu ini.

Bagi keluarga yang gemar memasak, dapur ibarat ruang silaturahim. Ia menjadi tempat seisi keluarga berkumpul, di mana anak-anak dengan tekun membantu si ibu. Memasak makanan yang disukai bersama atau sekadar berbual sambil menanti hidangan tersedia.

Tidak ketinggalan dapur turut dijadikan ruang makan kecil seperti sebuah mini bar. Sesuai untuk seorang atau dua ahli keluarga menikmati hidangan pantas, sebelum ke tempat kerja atau sekolah. Pasti fungsinya berbeza dengan ruang makan keluarga.

Koordinator Projek dari H&I Design, Ibrahim Jefri berkata, menjadikan dapur sebagai ruang keluarga bukan sahaja popular di Barat. Tidak ketinggalan pemilik kediaman di seluruh negara hari ini juga mahukan sebuah dapur moden praktikal yang sesuai untuk seisi keluarga berkumpul.

Dalam masa yang sama katanya, mereka tidak meminggirkan soal gaya tetapi masih berteraskan minimalis.

“Warna-warna semula jadi seperti kelabu, coklat, putih dan krim masih menjadi pilihan. Tidak ketinggalan bagi mereka yang gemarkan warna garang seperti hitam dan merah, mengikut tema kediaman masing-masing” katanya.

Bagi kediaman yang sempit seperti apartmen dan teres, dapur yang praktikal dan jimat ruang amat membantu.

Pemilihan kabinet yang bersesuaian kata Ibrahim, memastikan peralatan memasak, pinggan-mangkuk dan bahan mentah seperti rempah tersusun rapi.

Selain binaan marmar, granit dan papan permukaan licin, pemilihan kabinet metal juga semakin diminati terutama untuk dapur basah. Ini berikutan faktor praktikaliti, lantaran material jenis itu mudah dicuci dan tahan lasak.

Konsep pulau

Mereka yang gemar menonton rancangan masakan seperti yang dikendalikan Jamie Oliver atau Nigella, pastinya membayangkan konsep pulau (island) untuk diterap pada dapur sendiri.

Menurut Ibrahim, kediaman besar seperti banglo atau teres berkembar amat sesuai dengan dapur sebegini.

Malah kediaman sebegini lebih beruntung kerana biasanya pemilik mahukan dua dapur yang berasingan. Basah dan kering, pembahagian itu menjadikan fungsi dapur kediaman lebih sistematik dan teratur.

Tidak seperti kebanyakan dapur yang selalunya menghadap dinding atau tingkap, unit pulau membolehkan orang lain melihat aksi kita sedang memasak. Ini menjadikan aktiviti memasak itu lebih menyeronokkan.

“Jika anda seorang yang mahir memasak dan sering dikunjungi tetamu yang ingin belajar sesuatu dari anda, kemungkinan anda perlukan unit pulau ini.

“Walaubagaimanapun, unit pulau ini kadangkala datang dengan harga yang mahal, terutamanya unit yang menggunakan table top yang berkualiti seperti granite dan batu quartz,” kata beliau.

Oleh itu, Ibrahim menasihatkan pemilik agar menyemak harga daripada beberapa pereka dapur dan buat perbandingan sebelum membuat sebarang keputusan.

Asap

Pemasangan penyedut asap atau hud berfungsi menyerap apa saja pencemaran hasil tumisan di dapur.

Pilihan hud perlu sesuai dengan saiz dapur dan kegunaan harian. Jika sering memasak dengan kapasiti tinggi, pastinya penggunaan hud perlu dipilih daripada jenis berkuasa tinggi.

“Pemilihan hud yang betul membantu menyedut asap dan bau daripada masakan tadi supaya tidak merebak ke seluruh rumah atau ke rumah jiran,” katanya.

Beliau berkata, selain berfungsi sebagai penyedut asap, hud dapur turut dilengkapi sistem perangkap minyak yang memisah dan mencairkan minyak dengan bahan tercemar lain, sebelum dialirkan kepada bekas khas menyimpan kekotoran itu.

Katanya, ada beberapa jenis hud sama ada ia dibersihkan secara manual dengan alat penapis khas atau hud dikendalikan melalui alat kendalian khas yang menjalankan tugas pembersihan secara automatik.

Bagaimanapun, katanya, pemilihan model dan rekaan perlu diteliti supaya penggunaan hud di dapur memberikan kesan maksimum bagi mengelakkan kawasan dapur kotor akibat percikan minyak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.