VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 16/04/2011

Celik IT untuk kuasai kemahiran abad ke-21


Rosmah Mansor menunjukkan lambang 1Malaysia ketika bermesra dengan Syarifah Putri Ashika Abu Talib, 1 tahun 10 bulan pada Majlis Perasmian Pameran Kanak-Kanak Terbesar di Malaysia 'Smart Kids 2011' di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 15 April - Anak- anak pada zaman siber perlu celik pengetahuan dan menguasai kemahiran berkomunikasi dan teknologi maklumat jika mahu setanding dengan persekitaran sejagat.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, memupuk budaya positif dan pembangunan holistik di kalangan anak-anak adalah amat penting pada era digital untuk memperoleh kemahiran yang dirujuk sebagai Kemahiran Abad Ke-21 itu.

Untuk itu, menurut beliau, ibu bapa sekarang perlu memastikan anak-anak menguasai dunia siber dengan bimbingan bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan elemen negatif daripada Internet.

"Menyekat anak-anak daripada menggunakan Internet bukanlah satu strategi yang berkesan. Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita harus sama-sama terlibat secara aktif untuk membimbing dan memastikan anak-anak mendapat informasi semasa melayari Internet.

"Sebagai ibu, saya percaya kita semua masih boleh mengaplikasikan kemahiran yang sama kita gunakan untuk mengajar mereka dalam kehidupan seharian," katanya ketika merasmikan Pameran Pendidikan Kanak-Kanak Terbesar Malaysia, Smart Kids 2011 di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan Anugerah Pencapaian Muda Cemerlang Malaysia 2011 kepada Loke Sue-Yi untuk Anugerah Creative Expression dan Izzah Azman serta Aneeta Lingam bagi Anugerah Pencapaian Sukan.

Rosmah berkata, untuk menjadi guru siber yang berkesan, ibu bapa harus terlebih dahulu memahami dunia Internet dan cara ia berfungsi.

Menurut beliau, ibu bapa yang mempunyai kerjaya tidak menghadapi masalah tersebut, tetapi mereka yang tiada akses terhadap Internet perlu berusaha memperoleh maklumat itu untuk memahaminya dengan lebih baik.

"Ini boleh dicapai dengan meluangkan masa melayari Internet bersama-sama, meletakkan komputer di ruang keluarga, mengehadkan masa dan menentukan bahan-bahan yang tidak boleh dilayari," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.