VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 15/04/2011

Tarikh akhir hantar Borang BE 30 April ini

15/04/2011 8:55pm

KUALA LUMPUR 15 April Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengingatkan pembayar cukai bahawa hanya tinggal 15 hari untuk penghantaran borang cukai Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim dalam kenyataan hari ini berkata tarikh akhir mengemukakan borang BE bagi Tahun Taksiran 2010 ialah pada 30 April ini.

Kegagalan mengemukakan borang ini adalah satu kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Justeru, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai untuk mengemukakan borang itu dalam tempoh yang telah ditetapkan dan menggunakan perkhidmatan e-Filing kerana ia mudah, tepat dan selamat.

Untuk keterangan lanjut, pembayar cukai boleh melayari laman web rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan melalui talian 1-300-88-3010.

BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.