ARKIB : 15/04/2011
Pengeluar udang putih terbesar
Projek berkenaan akan dikendalikan oleh Blue Archipelago Berhad, syarikat milik Khazanah Nasional dan ia dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 400 hektar.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, buat masa ini kerja membina kolam ternakan udang itu sedang dilakukan dan ia dijangka mula beroperasi akhir tahun ini.
Menurutnya, dengan keluasan 400 hektar, pihaknya yakin dapat membina 216 kolam dengan setiap kolam seluas 0.8 hektar.
"Kita memilih untuk memelihara udang putih kerana spesies ini kurang menghadapi masalah, malah air serta kawasan itu sesuai untuk ternakan udang jenis ini berbanding udang harimau.
"Kita menjangkakan apabila projek ini beroperasi sepenuhnya beberapa tahun lagi, ia akan menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 1,500 orang terutama penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas majlis Menugal Jagung Kampung Langkap dekat sini kelmarin.
Program itu diadakan sempena lawatan kerja sehari Menteri Besar ke daerah Setiu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris.
Ahmad berkata, projek tersebut bukan sahaja menyediakan kolam udang malah menjadi pusat asuhan benih udang serta kilang memproses udang putih.
"Kita percaya apabila projek ini beroperasi kelak, ia akan menjadikan Setiu sebagai daerah akuakultur terbesar di negeri ini dan semua udang yang dipelihara di kolam itu akan dieksport," katanya.
Pusat belanja RM40 juta naik taraf LTSIP
Yang Dipertua DUN mula diuji pembangkang
1.155 juta pelancong lawat Kelantan pada Januari- Mac
UMT bantu sekolah tingkat pengusaan Bahasa Inggeris
Program Dana Raya diteruskan
Industri bantu kurangkan pengangguran
Tender terbuka lombong masih dalam kajian
kerajaan pusat agih peruntukan RM300,000 laksana projek di DUN Semerak, Selising
Redang diancam pencemaran
Semua pihak boleh beribadat
PPPIK sasar tambah 3,000 ahli - Mohd. Fared
GRV, PPPK kutip dana pendidikan RM288,000
Pelajar Korea teruja dapat mengenali budaya masyarakat Kelantan
15 tan barang kitar semula dikutip
Rela Besut rai kemenangan BN penuh meriah
Ceroboh: 47 nelayan asing ditahan
Pulau Bidong bebas kencing tikus
Sawari bantu pasar produk usahawan Felda Terengganu
20,000 berjalan bersama sultan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










