VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 12/04/2011

Kematian pegawai kastam: 20 orang diambil keterangan

12/04/2011 3:22pm

KUALA LUMPUR 12 April Seramai 20 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kematian penolong pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini 6 April lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada individu yang mempunyai keperluan dan kaitan dengan kes berkenaan.

"Bermula pada hari pertama kejadian dan sejak kertas siasatan kes ini dibuka sehinggalah pada hari ini, polis telah merekodkan sebanyak 20 keterangan.

"Kesemua keterangan ini adalah daripada pihak yang kita rasa mempunyai keperluan yang boleh membantu siasatan, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) masih meneruskan siasatan bagi melengkapkan beberapa maklumat sebelum kes itu dapat dirujuk kepada pihak atasan termasuk pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Jabatan kini masih siasat beberapa perkara, ini termasuk kandungan maklumat dalam telefon bimbit milik penolong pengarah itu selain rakaman CCTV di bangunan pejabat SPRM sebagai bukti siasatan, katanya. Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.