VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 09/04/2011

Tauke suka ‘pandu’ helikopter


SERIUS... Tauke serius memeriksa helikopternya agar dapat melawan tekanan angin ketika melayang di angkasa.


TIDAK kira walau di mana berada, jika ada sahaja masa terluang Tauke pasti tidak melepaskan peluang itu untuk mengemudi helikopter mini kawalan jauhnya.

Bermula sekadar mahu menghadiahkan helikopter itu kepada salah seorang anak buahnya, Tauke terkena badi keseronokan melayan permainan berkenaan.

Tanpa berkira, Tauke membeli sebuah lagi helikopter mini kawalan jauh untuk diri sendiri. Tujuannya hanya satu iaitu untuk melepaskan gian setelah terkena penangan permainan berkenaan yang dirasa dapat memberi kepuasan bagi menghilangkan letih dan tekanan kerja.

Siapa sangka kelibatnya yang sering kali muncul di kaca telivesyen dengan watak-watak yang membuatkan kita berderai tawa berubah menjadi serius apabila asyik mengemudikan helikopter mini itu.

Baginya apa yang dilakukan itu adalah sebagai permulaan untuk mengejar impiannya memiliki sebuah helikopter kawalan jauh yang lebih besar.

“Dulu selalu tengok orang bermain. Niat untuk mencuba itu ada tetapi tidaklah sampai rasa hendak memiliki. Tetapi setelah bermain bersama dengan anak buah di kampung, Masai, Johor datang pula seronoknya.

“Mulanya saya Ingat hendak beli yang besar dan menggunakan petrol. Tetapi apabila difikirkan balik dengan tidak ada pengalaman bermain helikopter itu saya beli sama saiz seperti helikopter anak buah.

“Sekarang ini kira dalam proses belajar untuk memahirkan diri mengawal permainan berkenaan. Insya-Allah dalam masa terdekat apabila sudah pandai saya nak beli yang besar sedikit,” ujar Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Zamri Zakaria,35, ketika ditemui di Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ini.

Tauke yang bakatnya digilap melalui rancangan realiti Raja Lawak musim pertama itu, sering kali menghabiskan masa terluang dengan bermain helikopter mini kawalan jauh itu di persekitaran rumahnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jika dahulu masa terluang banyak dihabiskan dengan gitar dan beriadah bersama kawan-kawan, kini temannya adalah helikopter mini kawalan jauh model K2 999-201 yang dibeli sekitar Januari lalu.

“Nak cepat pandai punya fasal kadang-kadang sampai ke set penggambaran pun saya bawa. Apabila ada sahaja masa terluang terus saya cari kawasan lapang.

“Macam baru-baru ini ketika penggambaran Sofazr The Movie di Ulu Yam, habis sahaja penggambaran sebelah petang pelakon lain sibuk ajak bermain bola saya tetap dengan helikopter kecil ini,” jelas peserta rancangan Maharaja Lawak yang bergandingan dengan Yus.

Walaupun saiz helikopter kawalan jauhnya itu hanya sebesar betis kanak-kanak ia tetap membuatkan Tauke ‘gila' dan berazam untuk segera memahirkan diri dengan permainan berkenaan.

Apa yang ada difikirannya adalah segera menamatkan 'latihan' pertama itu agar ia dapat membiasakan diri dengan permainan berkenaan.

“Kalau tengok orang bermain macam mudah, tetapi setelah mula memegang alat kawalan barulah saya tahu agak sukar untuk mengawal permainan ini dan jika silap ia boleh melayang jauh mengikut angin.

“Apa pun selepas ini saya akan pastikan saya juga boleh bersama bermain dengan peminat-peminat permainan kawalan jauh udara yang sering bermain di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) di Kepong.

“Sekarang ini segan nak bermain bersama 'pro-pro' permainan ini. Ibaratnya helikopter kawalan jauh mereka itu enggang dan saya punya pipit mana boleh terbang sama, tetapi tunggulah apabila pipit saya bertukar menjadi helang sikit hari nanti,” katanya berseloroh.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.