ARKIB : 07/04/2011
Nama Gabenor Bank Negara disalah guna
KUALA LUMPUR 7 April - Nama Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tidak terkecuali disalahgunakan dalam penipuan wang berasaskan Internet.
Menjawab emel berkaitan pemindahan wang yang kononnya ditulis oleh Dr. Zeti, bank pusat mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap para penipu yang menggunakan logo bank pusat dan nama para pegawai kanannya.
Komplot penipuan yang dihantar menerusi emel ke Bernama, mendakwa sejumlah US$7.5 juta akan dikirimkan ke akaun penerima emel dalam tempoh tiga hingga empat hari bekerja.
Dinyatakan dalam emel berkenaan: “Surat rasmi ini dikeluarkan kepada anda oleh bank dari Bank Negara Malaysia dengan kerjasama “presiden/yang dipertua.” Surat panjang dengan kesemua prosedur kewangan dan perbankan untuk memindahkan wang itu berakhir dengan, “Yang benar, Dr Zeti Akhtar Aziz, Gobenor Bank Negara Malaysia, pejabat “presiden.” Apabila dimaklumkan oleh Bernama mengenai isu ini, Bank Negara telah menghantar emel menasihati agar orang ramai berhati-hati terhadap sebarang skim haram atau aktiviti penipuan.
Skim-skim haram atau aktiviti penipuan kemungkinan dipromosikan menerusi emel, surat, panggilan telefon atau dalam bentuk komunikasi atau hubungan yang lain, katanya.
"Jika ada seseorang yang mendakwa dari Bank Negara Malaysia menghubungi anda dan memujuk agar menyertai sebarang skim pelaburan atau mengesyaki aktiviti penipuan, anda mestilah menamatkan dengan segera panggilan itu. Begitu juga jika dihubungi melalui pos atau emel, sila abaikan sepenuhnya,” kata bank pusat.
Bank Negara berkata ia tidak akan menghubungi sesiapa secara peribadi untuk mempromosikan sebarang skim pelaburan ataupun meminta butiran akaun bank sesiapa.
Bank pusat turut menggesa orang ramai melaporkan dengan segera sebarang aktiviti penipuan kepada Bank Negara. - Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









