VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 06/04/2011

Persandingan impian sang juara


Ahmad Abdul Hamid dan Abdul Aziz Kaprawi (dua dan tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat lain mengabadikan detik terindah bersama pasangan mempelai.


PERSANDINGAN 'dalam taman' menjadi kemuncak Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim kedua.

Segalanya demi memenuhi impian perkahwinan sang juara, Mohd. Danial Hasan Basari dan Nurul Illiyana Nor Zaidi.

Tetamu yang sampai bagai larut dalam rona ungu yang mewarnai hampir setiap penjuru dewan utama Kampung Pengantin, yang buat ke sekian kalinya berubah wajah bermandikan cahaya neon.

Keasyikan tetamu menikmati keindahan pelamin dengan gubahan bunga-bunga segar garapan Izuddin Karso dari Precious Moment dikejutkan dengan paluan kompang sebagai menandakan bermulanya majlis.

Paluan kompang berselang-seli pukulan gendang oleh anak-anak cilik dari Kumpulan Kompang 1Malaysia Nur Chempaka kedengaran agak unik sekali gus menjentik perhatian tetamu.

Ini disusuli kelunakan selawat Nabi oleh Ustaz Hasrol Khalid dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengiringi masuk mempelai dengan didahului oleh tiga pasangan pemenang Gerbang Cinta musim lalu.

Raja sehari, Mohd. Danial, 25, dan Nurul Illiyana, 25, melangkah segak dan anggun dengan persalinan moden kontemporari rona ungu rekaan Dios Astana Bridal.

Tambah menawan dengan solekan ala bohemian hasil sentuhan Afidah Khamis dari Afidah Khamis Makeup and Stuff.

Majlis yang cukup indah bagi menyempurnakan permulaan hidup baru pasangan dua sejoli itu, dikongsi bersama lebih 1,000 tetamu terdiri daripada sahabat handai dan rakan taulan kedua belah pihak.

Turut menyerikan majlis tersebut Exco Puteri UMNO, Zauyah Zainuddin yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Exco Kerajaan Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Parit Raja, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan isteri; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Aziz Ishak dan Penolong Ketua Pengarang 2 Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid beserta isteri.

Menerusi kemenangan tersebut, pasangan yang bernikah pada 26 Mac itu bukan sahaja memenangi pakej perkahwinan bernilai RM100,000 tetapi turut menerima wang tunai RM5,000 dan hamper daripada Avon.

Selain itu, Mohd. Danial dan Nurul Illiyana juga bakal menikmati pakej bulan madu ke Awana Porto Malai, Langkawi selama tiga hari dua malam bernilai RM1,200 tajaan Sri Sutera Travel.

Menurut Mohd. Danial, dia bersama isterinya berasa sungguh terharu dan gembira dengan kemenangan tersebut.

Yang pasti, segala perjalanan sehingga detik bersejarah mereka pada 3 April lalu berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh masa terdekat.

"Kami amat berpuas hati dan pujian seharusnya diberikan kepada semua para penaja yang sememangnya memberikan komitmen yang tinggi dan memeriahkan lagi majlis kami,'' ujarnya.

Dalam pada itu, menurut bapa pengantin lelaki, Hasan Basari, 57, walaupun majlis diadakan di Kuala Lumpur ia tetap meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu termasuk sanak saudara serta sahabat handai dari Johor.

"Syukur segala yang dirancang berjalan dengan lancar bermula awal pertandingan hingga ke majlis persandingan malam ini," katanya.

Peraduan itu mendapat kerjasama 12 penaja yang terdiri daripada Avon Cosmetic, Dios Astana Bridal, Kampung Pengantin, Mastar Catering, Precious Moment, Afidah Khamis, Sri Sutra Travel, CJ Print, D'Sayang Entertainment, Preety Pictures, syokkahwin.com dan Utusan Online.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.