VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 04/04/2011

189 rumah PPRT dibina di Batu Sapi tahun ini


Samsudin Yahya bersalam dengan seorang penghuni rumah PPRT selepas merasmikan program Juara Rakyat Batu Sapi di Sandakan, Sabah, kelmarin.


SANDAKAN 3 April - Sebanyak 189 rumah bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan dibina di kawasan Batu Sapi di sini pada tahun ini.

Ketua UMNO bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya berkata, pada masa ini pihaknya telah menyenaraikan kawasan yang dikenal pasti untuk pembinaan rumah-rumah tersebut.

"Pembinaan PPRT ini adalah untuk menyediakan kemudahan rumah yang lebih baik kepada rakyat miskin.

"Kita mahu mereka menikmati kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa hasil program dirancang oleh kerajaan," katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat Batu Sapi di sini, semalam.

Menurut Samsudin, pembinaan rumah PPRT menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan penduduk di luar bandar.

Malah katanya, selain bantuan PPRT kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi membaiki rumah penduduk yang rosak.

Menurut beliau, pelbagai projek pembangunan turut dirancang di daerah ini dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

"Ini membuktikan kerajaan BN bukan sekadar berjanji kosong tetapi mengotakannya dengan membawa banyak perubahan demi manfaat rakyat," katanya.

Sementara itu, beliau berharap Kerajaan Pusat akan menambahkan lagi peruntukan bagi menyediakan lebih banyak rumah PPRT di Sandakan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.