VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 04/04/2011

Telatah bayi kembar di Youtube tarik perhatian


pasangan bayi kembar lelaki yang mencetuskan kontroversi di Youtube dirakam sedang bersembang sesama sendiri dikatakan menggunakan ‘bahasa rahsia’. – agensi


LOS ANGELES 3 April – Sebuah video di laman Youtube yang semakin meluas tersebar merakamkan sepasang bayi kembar berusia 17 bulan saling bersembang dan ketawa, menyebabkan ramai membuat spekulasi bayi itu sedang berbincang sesuatu.

ABC News melaporkan pasangan kembar itu bercakap menggunakan ‘bahasa rahsia’ yang hanya difahami mereka berdua.

Namun, pakar perkembangan bahasa, Virginia Valian menafikan kembar tersebut menggunakan bahasa rahsia dengan menyatakan bahawa seperti bayi-bayi lain, ia merupakan cara mereka belajar berkomunikasi.

“Kembar yang menawan hati ini menunjukkan dengan cara berlebih-lebihan bagaimana kelakuan kebanyakan kanak-kanak lain.

“Pengulangan percakapan yang tidak jelas, seperti ‘da da da’ adalah sesuatu yang amat biasa.

“Mendengarnya daripada mereka adalah sesuatu yang biasa, walaupun kebanyakannya tidak melakukannya secara keterlaluan begitu,” ujarnya.

Katanya, pasangan kembar itu tidak menyampaikan apa-apa maklumat sebenar menerusi bahasa rahsia mereka itu.

Mereka hanya meniru cara perbualan dengan lebih terperinci dan struktur perbualan mereka juga dilihat agak terkahadapan.

“Jika dilihat, perbualan mereka hampir tidak saling menyampuk, jarang berlaku pertindihan dalam giliran bercakap,” kata Valian.

Tambahnya, perbualan adik beradik lelaki ini yang menyerupai orang dewasa daripada segi irama, intonasi dan tekanan perkataan digelar prosodi dan bayi selalunya mempelajarinya daripada perbualan ibu bapa mereka sejak di dalam rahim lagi. – AGENSI

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.