VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 02/04/2011

Pelabur skim cepat kaya serbu mahkamah


SEBAHAGIAN daripada pelabur yang melabur dengan syarikat FX Capital berbincang di pekarangan mahkamah bagi menuntut wang pelaburan mereka setelah pelaburan itu didapati tidak sah, di Mahkamah Sesyen 1, Kompleks Mahkamah, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 April - Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini menjadi kecoh apabila lebih 600 pelabur skim cepat kaya hadir bagi menuntut semula wang pelaburan mereka.

Jumlah tersebut bagaimanapun dikira kecil memandangkan angka sebenar pelabur yang 'tertipu' kira-kira 4,000 orang merangkumi pelbagai profesion termasuk guru, ahli perniagaan, hakim dan pengamal undang-undang.

Sepanjang prosiding tunjuk sebab kenapa wang mereka perlu dikembalikan, hanya 70 pelabur dibenarkan masuk ke dewan mahkamah dan kebanyakannya terpaksa berdiri sejak prosiding itu dimulakan pada sebelah pagi.

Semua mereka merupakan pelabur dalam syarikat FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd. (FX Capital) dan FX Consultant yang didakwa menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen yang sah.

Pada 10 Januari lalu, pengarah kedua-dua syarikat itu, Raja Noor Asma Raja Harun dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta selepas mengaku bersalah atas 54 pertuduhan menipu, menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen dan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Raja Noor Asma turut diperintahkan oleh Hakim S.M. Komathy Suppiah membayar penalti RM7,528,250.29 dan sekiranya gagal menjelaskannya, hukuman penjara tertuduh boleh ditambah enam bulan lagi.

Nilai penalti tersebut merupakan jumlah wang para pelabur yang tidak dapat diperoleh kembali oleh pihak berkuasa.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandes dan dibantu oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Sekuriti, Susheel Kaur.

Wang berjumlah RM8,384,767.44 berjaya dirampas daripada akaun-akuan milik syarikat FX Capital dan FX Consultant, akaun peribadi dan simpanan tetap Raja Noor Asma.

Antara yang membuat tuntutan hari ini ialah guru sekolah agama di Kuala Selangor, Shahril Azman Kasim yang memberitahu kerugian kira-kira RM193,455 daripada RM236,500 yang dilaburkan.

Ahli perniagaan, Mohd. Imran Razali pula mendakwa melabur sebanyak RM630,000, tetapi hanya mendapat pulangan RM54,000.

Selepas mendengar keterangan dan hujah daripada wakil-wakil pelabur, Komathy menetapkan 13 April ini untuk keputusan terhadap permohonan tuntutan tersebut.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.