VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 01/04/2011

Lebih 19,000 kes penyakit Tibi dikesan di Malaysia tahun lalu

01/04/2011 4:55pm

KUALA LUMPUR 1 April Sebanyak 19,337 kes penyakit batuk kering atau Tuberkulosis (Tibi) dikesan di Malaysia sepanjang tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berikutan kadar notifikasi kes pada tahun lepas ialah 66.9 bagi setiap 100,000 penduduk negara ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasi Malaysia sebagai negara beban penyakit sederhana.

Justeru beliau menyeru setiap individu supaya peka terhadap tanda-tanda awal penyakit itu seperti batuk, demam, susut berat badan yang ketara dan berpeluh pada waktu malam.

"Mereka yang menghidap kencing manis, perokok dan mengambil alkohol secara berlebihan pula mempunyai risiko yang tinggi mendapat penyakit itu, katanya dalam perutusan sempena Hari Tibi Sedunia.

Beliau meminta individu yang mempunyai satu daripada tanda-tanda atau mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit itu supaya mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera bagi mencegah perebakan.

Beliau berkata setiap individu yang mendapat rawatan harus mematuhi arahan rawatan dalam jangka masa sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan.

Adalah amat merbahaya sekiranya pesakit tidak mengambil ubatan seperti yang diarahkan kerana ini akan mengakibatkan kuman Tibi kebal terhadap ubat, katanya.

Liow berkata penyakit Tibi boleh membawa maut jika pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna manakala rawatan sempurna boleh menyembuhkan penyakit itu di samping dapat menjamin ia tidak menular kepada orang lain.

"Kerajaan memberi komitmen yang tinggi dalam usaha membanteras penyakit Tibi dengan memastikan rawatan penyakit itu di semua kemudahan kesihatan awam diberikan secara percuma, katanya.

Liow berkata kuman Tibi merebak melalui udara apabila pesakit Tibi batuk dan WHO melaporkan terdapat 9 juta kes baru jenis berjangkit di seluruh dunia setiap tahun dan sekurang-kurangnya 4,700 kes kematian akibat Tibi dilaporkan setiap hari. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.