VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 31/03/2011

Sajian sihat untuk anak

Kuantiti dan kualiti makanan amat penting untuk memastikan anak kecil dapat membesar dengan sihat serta sempurna.

Setiap anak kecil sebelum usia persekolahan lebih memerlukan hidangan berkhasiat kerana pada tahun-tahun awal pembesaran mereka ini, berlaku pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental yang pesat.

Jadi, sebagai ibu bapa, anda mesti berusaha menyediakan sajian mengandungi ramuan berkhasiat pada kadar hidangan diperlukan anak kecil anda.

Bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa terutama golongan ibu bapa yang baru seringkali berdepan masalah dalam menyediakan pilihan makanan berkhasiat untuk anak kecil mereka.

Menyedari kerumitan itu, Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) kini menerbitkan Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda.

Sejajar dengan matlamat penubuhannya bagi mempromosi, meningkat dan menyebarkan pengetahuan mengenai pemakanan sihat, NSM turut menghasilkan buku itu bagi menggalakkan ibu bapa menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak kecil mereka di rumah.

Presiden NSM, Dr. Tee E Siong memberitahu, buku dihasilkan melalui kerjasama pakar pemakanan itu mengandungi lebih 60 resipi terbaik untuk anak kecil, mengikut waktu makan iaitu sarapan pagi, tengahari dan malam selain menu snek.

"Resipi dalam buku ini dispesifikasikan kepada usia yang mana berbeza untuk resipi bayi seawal usia enam bulan, anak kecil dan kanak-kanak prasekolah.

"Apa yang menarik, buku ini memberikan banyak maklumat, tip dan petua berhubung pemakanan serta cara memasak setiap resipi yang boleh diamalkan untuk memupuk tabiat pemakanan sihat di kalangan anak kecil.

"Tanggungjawab menyediakan sajian berkhasiat untuk anak memang besar tetapi ia tidak semestinya sukar, jadi saya berharap ibu bapa membeli serta mencuba resipi di dalam buku ini demi pertumbuhan sihat anak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda & Video Resipi, Try Masak Sihat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara itu dilancarkan Siong bersama Pengasas NSM, Dr. Chong Yin Hoon dan Timbalan Presiden NSM, Profesor Dr. Mohd. Ismail Noor.

Buku mengandungi 164 muka surat itu boleh dibeli pada harga RM20 sebuah dengan menghubungi talian 03-56323301.

Siong berkata, Video Resipi, Try Masak Sihat pula adalah penerbitan mengandungi 100 resipi diambil menerusi buku masakan Resipi Sihat Pilihan Bijak Vol 1 dan Vol 2 terbitan NSM sebelum ini yang ditukar kepada bentuk video.

Video dihasilkan dengan kerjasama antara NSM dan pakar teknologi maklumat dari Geoflex Sdn. Bhd itu memaparkan resipi sihat kepada orang ramai melalui saluran media inovatif.

Katanya, objektif Video Resipi Try Masak Sihat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran secara meluas berhubung pemakanan sihat kepada orang ramai melalui saluran media baru terutama di kalangan golongan muda yang dilihat lebih menggemari teknologi.

"Ketika ini, video itu boleh ditonton melalui portal www.trymasak.my/sihat atau laman web NSM, www.nutriweb.org.my dan mulai April depan, ia boleh didapati menerusi iPhone serta iPad.

"NSM juga menawarkan pemberitahuan maklumat pemakanan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada orang ramai pada harga RM0.50 sen setiap sms yang mana boleh diakses dengan menaip NUTRI<jarak>nama makanan (contoh: NUTRI nasi lemak) dan hantarkan ke 37973.

"Resipi itu boleh dihantar sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris yang mana ia akan memaparkan maklumat mengikut bahasa yang dihantar," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.