VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 29/03/2011

Banjir di Selatan Thailand semakin buruk

30/03/2011 12:13am

BANGKOK 29 Mac Situasi banjir di selatan Thailand hari ini semakin buruk menyebabkan hampir satu juta penduduk di kawasan itu terjejas dan angka korban mencatatkan 11 kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pemulihan Bencana Wibul Sanguanpong berkata mangsa terbaru korban banjir hari ini ialah Nattanit Thitipornvanit, 20, di Phattalung.

Sementara itu, beribu-ribu penumpang termasuk pelancong terkandas di Lapangan Terbang Koh Samui dan Lapangan Terbang Nakhon Si Thammarat apabila kedua-duanya ditutup sementara sejak semalam.

Penerbangan pertama dari Bangkok ke Samui pada 1.55 petang terpaksa berpatah balik ke Bangkok selepas pesawat gagal mendarat di Lapangan Terbang Samui berikutan angin kuat.

Pulau Koh Samui di wilayah Surat Thani turut menghentikan perkhidmatan botnya berikutan ombak setinggi tiga meter.

Wibul berkata Narathiwat merupakan wilayah pertama yang mengalami banjir selain tujuh wilayah lain Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Phattalung, Trang, Chumporn, Songkhla dan Krabi.

Katanya seramai 979,665 mangsa dari 2,763 kampung terjejas dalam bencana banjir itu yang melanda selatan Thailand sejak Sabtu lepas. Semua perkhidmatan kereta api bagi sektor selatan telah digantung operasinya berikutan banjir, umum State Railways of Thailand hari ini.

Dalam perkembangan lain, lebih 2,000 ekor lembu terbunuh di daerah Omkoi, wilayah Chiangmai sejak minggu lepas akibat cuaca sejuk.

Jurucakap pejabat daerah Omkoi Terdsak Jaruakkara Sheriff berkata daerah itu ketika ini mengalami suhu 7.5 darjah Celsius.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.