VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 23/03/2011

Karnival Kerjaya: Pemuda BN terima 33,000 resume pencari kerja

KUALA LUMPUR 22 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) setakat ini menerima lebih 33,000 resume pencari kerja sempena Karnival Kerjaya pergerakan itu yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, sambutan hangat itu dilihat mempunyai hubung kait dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan merasmikan karnival serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berdialog dengan sebahagian pencari kerja.

"Untuk makluman, ini merupakan karnival kerjaya pertama anjuran sebuah perikatan politik dan juga yang pertama menyaksikan kehadiran dua pemimpin tertinggi negara pada satu-satu masa.

"Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan BN menyelesaikan masalah para pencari kerja setelah kajian Makmal Pemuda BN hujung tahun lalu mendapati kira-kira 70 peratus golongan muda menyatakan peluang pekerjaan dan ekonomi merupakan isu utama mereka," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO berkata demikian bagi mengulas perkembangan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Nazir Hussin menambah, kaedah Pemuda BN yang mewujudkan sistem kod bar bagi mendaftarkan butir diri pencari kerja disifatkan efektif dengan melihat kepada jumlah pemohon setakat ini.

"Dalam sistem itu, para pencari kerja yang menghantar maklumat diri mereka ke laman www.bnyouthjobfair.com akan mendapat satu kod bar.

"Apabila hadir ke karnival itu nanti, mereka hanya perlu menunjukkan kod bar jika ingin mencari kerja di sesebuah syarikat yang menyertai pameran dan ia akan dimuat turun dalam sistem majikan itu, tidak perlu bawa sehingga 580 maklumat diri anda," jelasnya.

Pergerakan itu menyasarkan kira-kira 500,000 pengunjung akan hadir ke karnival selama tiga hari itu dengan 580 syarikat mengesahkan penyertaan masing-masing.

Selain itu, penganjur juga akan menyediakan kira-kira 500 unit komputer untuk pencari kerja menyediakan maklumat masing-masing beserta puluhan sekretariat yang akan menunjuk ajar cara menyediakan sebuah maklumat diri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.