ARKIB : 21/03/2011
Crest Universe jadi pengedar jam mewah America's Legacy
![]() |
|
Ng Kok Wai (kiri) dan pemilik Krypton Watch Co USA, Michael Fierstein menunjukkan katalog koleksi jam tangan mewah America's Legacy di Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
KUALA LUMPUR 20 Mac - Crest Universe Sdn. Bhd. (Crest Universe) akan menjadi pengedar tunggal jam mewah America's Legacy edisi khas sempena hari memperingati pahlawan yang mempertahankan White House.
Crest Universe telah memeterai perjanjian pembuat jam berkenaan, Krypton Watch Co. USA (Krypton Watch)yang berpusat di Hong Kong bagi menjadi pengedar tunggal di Malaysia dan Singapura.
Jam berkenaan akan berada di pasaran bermula Jun depan.
Pengarah Urusannya Ng Kok Wai berkata Krypton Watch telah menjadi pembekal eksklusif jam tangan kepada angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) dan penguatkuasa tempatan sejak 17 tahun yang lalu.
"Model jam tangan mewah tersebut akan dilancarkan secara berperingkat dengan kumpulan pertama melibatkan model FBI, CIA dan Air Force One kemudian akan diikuti oleh Marine One dan The White House.
"Jenama agensi ketenteraan dan perisikan AS tersebut sudah dikenali ramai dan melambangkan kekuatan negara berkenaan,'' katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Harga runcit bagi koleksi jam tangan CIA, FBI dan Air Force One adalah berharga dari RM800 hingga RM3,000.
Koleksi jam tangan tersebut memiliki komponen krystal mineral sapphire yang anti-reflektif dan mempunyai ukiran lencana rasmi bagi agensi penguatkuasa tersebut di belakang jam bagi menampakkan ciri-ciri eksklusifnya.
Kepada pengedar jam tempatan yang berminat untuk menjadi pengedar jam mewah tersebut, sila hubungi Wong dan Hong di talian 012 2785179 serta 019 2238881.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










