ARKIB : 18/03/2011
Macarons pembuatannya rumit
![]() |
|
Nomie dengan pelbagai Macarons yang berwarna-warni. |
SETIAP kali selesai menyiapkan tempahan kek lapis Sarawak pada musim perayaan, berbaldi-baldi putih telur terpaksa dibuang begitu sahaja.
Jauh di sudut hati sebenarnya terasa amat berat untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun hasil melayari Internet, Juraiza Abdul Aziz, 38, atau senang dengan panggilan Nomie akhirnya menemui sejenis biskut bernama Macarons, satu-satunya jalan penyelesaian kepadanya untuk tidak lagi membuang putih telur.
''Macarons sejenis biskut berasal dari Perancis ini adalah penyelamat kepada putih telur yang selama ini terbuang begitu sahaja selepas saya membuat kek lapis Sarawak,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Lot 5217, Batu 3, Jalan Shapadu Off Jalan Kapar, Kelang, Selangor baru-baru ini.
Putih telur digunakan untuk membuat Macarons sebagai bahan utama.
Kata Normie, Macarons ini terdapat dalam pelbagai warna. Ianya berbentuk bulan sebesar empat sentimeter dan mempunyai rasa yang manis (pada bahagian cengkerang) yang dilapisi dengan jem, krim, coklat dan sebagainya.
''Rasa biskut ini lebih sedap jika disimpan dahulu dalam peti sejuk dan sesiapa sahaja yang telah mencuba Macarons pasti akan mula 'ketagih' untuk mencari biskut ini yang sememangnya mempunyai rasa yang luar biasa,'' katanya.
Katanya, nama Macarons di negara ini juga masih baru tetapi bentuknya yang comel serta berwarna-warni ini dijangka akan mampu menyaingi populariti kek cawan tidak lama lagi.
Tambahnya, Macarons bukan sahaja sedap malah sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran untuk majlis pertunangan, perkahwinan ataupun sebagai 'kek perkahwinan'.
Bagaimana kata Normie, bahan utama membuat biskut ini tidak banyak iaitu putih telur, gula dan serbuk badam.
Tetapi katanya, sebiji Macarons dijual dengan harga RM2.50 dan pastinya dikatakan lebih mahal berbanding biskut biasa kerana proses membuatnya memang rumit dan banyak pantang- larang.
Jelas Nomie, selama setahun juga beliau mengambil masa untuk mahir membuat Macarons termasuk membaca buku serta membuat percubaan demi percubaan.
''Guru saya hanya blog dan Youtube di Internet selain membeli buku mengenai Macarons secara online,'' kata bekas setiausaha ini.
Katanya, disebabkan tidak menghadiri kelas maka banyak cabaran ditempuhnya kerana kebanyakan resipi di Internet ini tidak memberikan maklumat yang tepat cara membuat Macarons.
Lama kelamaan akui Nomie, beliau mula mendapat formula terbaik di mana Macarons ini sebenarnya bukan biskut biasa kerana ada pantang-larang ketika membuatnya.
''Macarons sebenarnya sukar untuk 'menjadi' di kawasan yang mempunyai iklim panas lembab seperti negara kita ini,'' katanya.
Sehubungan itu, tidak hairanlah Nomie hanya akan menghasilkan biskut comel yang berwarna-warni dan manis ini mulai pukul 12 tengah hari hingga enam petang sahaja.
Malah katanya, beliau akan menghentikan sementara aktiviti membuat Macarons jika di musim hujan kerana akan menyebabkan permukaan biskut turut lembab.
Katanya, proses untuk menggaul serbuk badam dan meringue juga perlu dilakukan dengan cermat supaya apabila adunan diangkat dari senduk ia akan jatuh dengan berlipat baharu cekerang yang dihasilkan menjadi elok.
''Jika silap menggaul akan menyebabkan cengkerang menjadi keras serta mudah pecah,'' katanya.
Jelas Nomie, pada bahagian bawah biskut ini juga mesti ada 'kaki' di mana jika selepas dibakar ia leper sahaja maksudnya biskut ini dikategorikan 'tidak menjadi'.
Tambahnya, selepas dipaipkan permukaan adunan mesti dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum dibakar.
Nomie berkata, proses untuk membakar Macarons sebenarnya cepat kerana hanya mengambil masa selama 12 minit sahaja.
Kata Nomie, setelah yakin dengan kemampuan dirinya menghasilkan Macarons maka mulai Februari lalu baharu dia mula menerima tempahan Macarons.
Malah Nomie juga turut membuka kelas untuk membuat biskut ini yang terhad kepada empat orang sahaja untuk satu sesi.
Katanya, yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 016- 2951473 atau melayari laman web www.keklapis.com.
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










