VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 15/03/2011

Statistik kes rogol bawah umur lebih tinggi

KUALA LUMPUR 14 Mac - Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM.

"Ekoran itu, kementerian sentiasa memandang serius dan komited dalam membendung jenayah rogol lebih-lebih lagi bagi kes yang melibatkan golongan di bawah umur," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang ingin tahu jumlah kes rogol di bawah umur yang berlaku sejak 2000 dan tindakan yang diambil kementerian menangani gejala itu.

Mengulas lanjut, Abu Seman Yusop berkata, antara langkah diambil PDRM selepas kejadian rogol berlaku ialah memberi perkhidmatan kaunseling dan merujuk mangsa kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika memerlukan perlindungan.

"Selain itu, polis akan meneruskan siasatan untuk mendapatkan bukti terhadap suspek dan bagi kes yang dituduh di mahkamah dan jika suspek disabitkan kesalahan, pihak peguam negara akan memohon kepada mahkamah supaya hukuman lebih berat dikenakan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.