VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 14/03/2011

Perisian interaktif bacaan al-Quran


Nurshuhadak Hehsan menunjukkan produk Al-Furqan yang bakal dipertandingan dalam anugerah NEF-AWANI 2010.


MASALAH hafalan yang dihadapi oleh adiknya yang mengikuti program Sijil Tahfiz dari Darul Quran membuka mata Nurshuhadak Hehsan membangunkan perisian berkaitan pembacaan al-Quran.

Dia yang berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana dalam Bidang Usahawan Tekno Teknologi Maklumat (IT) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, setiap kali balik ke rumah dan menghafal, pelajar menghadapi masalah ketiadaan tenaga pengajar bagi memperbetulkan bacaan mereka.

“Ini memberikan saya inspirasi bagi menghasilkan perisian interaktif bagi memperbetulkan bacaan al-Quran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Avicena Sdn Bhd (ASB), Nurshuhadak Hehsan.

ASB yang dibangunkan pada 2008 dengan dua orang rakannya Mohd Khairul Shaleh Md Asari dan Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin beroperasi di Johor Bharu, Johor

Syarikat terbabit mempunyai empat orang kakitangan seorang berbangsa Cina, seorang Melayu manakala dua orang lagi warga Indonesia.

“Kami mengambil pekerja Indonesia memandangkan mereka kelebihan yang ada dalam bidang pengaturcaraan,” katanya

Niat Shuhadak ketika itu hanya untuk memudahkan pelajar mengulangkaji hafalan al-Quran sama seperti yang dilakukan oleh pelajar dalam bidang lain.

Bagaimanapun ketika itu, terlalu banyak cabaran yang dihadapi sehingga ada yang mengatakan pelajaran tanpa guru boleh dikategorikan sesat.

Kata-kata negatif tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan semangat Nurshuhadak memandangkan dia mempunyai alasan tersendiri.

“Biasanya kita segan jika pertama kali datang belajar al-Quran dan perisian ini bukan guru tetapi sebagai alat bantuan mengajar,” katanya semasa mengunjungi pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengambil masa hampir dua tahun, Nurshuhadak membangunkan perisian hanya untuk surah al-Fatihah memandangkan tiada siapa yang pernah membangunkan perisian mengenalpasti suara bagi bacaan al-Quran.

Dalam membina perisian interaktif bagi pembelajaran al-Quran, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi termasuk kekurangan dana kerana bidang mengenalpasti suara masih baru di negara ini.

“Kita semua sedia maklum, terdapat 6,666 ayat di dalam 30 juzuk al-Quran bermakna banyak perkataan digunakan secara berulang-ulang.

“Jadi kami hanya perlu menambahkan bilangan patah-patah perkataan yang ada di dalam perpustakaan kami nanti,” katanya.

Di dalam perisian berkenaan, setiap perkataan dibahagikan kepada setiap patah dan apa yang menarik pengguna dapat mengetahui kesalahan bacaan dan tajwid mudah seperti hukum Idzhar, Ihfaq dan Mad Asli secara langsung.

Perisian akan dapat mengesan dan menunjukkan kepada pengguna kesalahan bacaan pengguna melalui paparan di komputer.

“Pada pihak pengguna, mereka akan tahu di mana kesalahan bacaan dan boleh membetulkannya,” jelas beliau.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam Anugerah Usahawan ICT Bumiputera Malaysia ICT (NEF-AWANI 2010), Shuhadak berkata, beliau telah dipelawa menyertai anugerah tersebut.

Selain itu syarikatnya juga menjalinkan kerjasama dengan Center for Fiqh Science and Technology, UTM di bawah Prof. Selamat Hashim bagi membangunkan e-berzanji.

Mengenai perancangan syarikatnya pada masa depan, Shuhadak berkata, pihaknya bercadang membangunkan perisian interaktif bagi surah-surah lazim dan seterusnya bagi 30 juzuk al-Quran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.