VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
IMPAK ALAM

ARKIB : 05/03/2011

Martabatkan semula sivik


Sikap masyarakat kita suka membuang sampah merata-rata berpunca daripada kesedaran sivik yang rendah. – Gambar hiasan


KALI ini Bidai mahu cerita sikit tentang kesedaran sivik yang ada pada kita sekarang. Semakin hari, Bidai dapat perhatikan kesedaran sivik antara kita semakin meluntur, semakin menghilang.

Bagi mereka yang sama usia dengan Bidai, mungkin pernah mendengar mata pelajaran pendidikan sivik yang diajar di sekolah-sekolah rendah. Atau sebelum itu ia juga dikenali sebagai tatararakyat.

Bidai tidak tau sekarang ada lagi atau tidak mata pelajaran berkenaan diajar di sekolah-sekolah rendah atau menengah.

Bidai hanya perasan kini ada diajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kepada mereka yang kurang fasih apa itu pendidikan sivik dan tatarakyat, ia merupakan mata pelajaran yang mengajar kita supaya berkelakuan baik, bantu membantu antara masyarakat, hidup hormat menghormati, bersopan santun dan pelbagai lagi.

Ia tunjuk ajar yang membolehkan masyarakat yang hidup dalam aman damai.

Malah aspek rukunegara dan sejarah kewujudan Malaysia dan kehidupan masyarakatnya juga turut terkandung di dalam sukatan pelajaran sivik atau tatarakyat.

Lebih menarik, semua golongan dan bangsa yang ada dalam masyarakat majmuk Malaysia mempelajari pendidikan sivik dan tatarakyat itu.

Semua yang terkandung di dalamnya memang antara yang terbaik yang diajar kepada pelajar sekolah lebih-lebih lagi r di sekolah rendah.

Ini merupakan pendidikan awal yang mampu membentuk pelajar lebih bersopan-santun dan menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat.

Namun apa yang menyedihkan ketika itu ia dianggap satu mata pelajaran kurang penting.

Seingat Bidai, ketika sampai waktu mata pelajaran berkenaan, jarang sekali guru masuk kelas. Kalau ada pun dalam setahun ada dua tiga kali.

Jadi, ketika itu para pelajar tahu ia merupakan waktu ‘holiday’ kerana kemungkinan besar guru tidak masuk kelas ketika pelajaran sivik.

Selalunya, mata pelajaran di ajar oleh guru besar. Oleh itu, Bidai faham akan kesibukan guru besar. Sebab itu seringkali pendidikan sivik akan diganti dengan guru lain tetapi pada pengamatan Bidai, ia menjadi mata pelajaran tidak penting.

Itu zaman Bidai. Tidak tahulah zaman sekarang bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Jadi Bidai berfikir sejenak, kesedaran sivik yang semakin menipis mungkin bersangkut paut dengan perkara ini.

Mungkin ada yang mahu menyalahkan ibu bapa kerana tidak turut membantu dalam hal ini. Namun, cuba kita amati pergerakkan anak-anak kita.

Mereka menghabiskan masa seharian di sekolah dan hanya akan berada di rumah pada waktu malam. Ketika itu sudah tiba waktu untuk mereka tidur dan kembali ke sekolah pada keesokkan hari.

Waktu rehat hujung minggu pula, mereka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan hanya menghabiskan sedikit waktu bersama keluarga.

Ini terjadi pada mereka sejak sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.

Jadi, masa maksimum yang mereka ada hanyalah bersama guru. Gurulah yang mampu membentuk mereka.

Bukan Bidai nak menyalahkan guru dalam hal ini. Tetapi masa kualiti maksimum yang kanak-kanak tu ada hanyalah bersama guru.

Jadi dalam hal pendidikan sivik atau tatarakyat ini jika tidak diberi penerangan dengan betul, maka Bidai pasti kita akan melahirkan satu masyarakat kurang kesedaran sivik.

Itulah sebabnya kita lihat sekarang ramai yang menaiki bas tidak beratur, membuang sampah bukan ditempatnya juga menjadi budaya, membantu warga tua tidak diamalkan, generasi muda tidak menghormati generasi tua dan banyak lagi.

Bidai masih ingat bagaimana tatarakyat mengajar seseorang itu menunggu lampu hijau untuk memulakan pemanduan di lampu isyarat.

Ketika itu, tatarakyat yang diajar kepada Bidai mengambil contoh daripada pendidikan British, jadi Bidai diajar untuk menunggu turutan lampu dari merah, kuning dan seterusnya hijau bukannya dari merah ke hijau seperti yang kita amalkan di Malaysia.

Perkara berkenaan terkesan dalam jiwa Bidai dan Bidai ingat perkara itu sehingga sekarang.

Jika ia menjadi pendidikan utama dan penting, Bidai dapat rasakan masyarakat yang bakal dilahirkan akan lebih bersopan santun dan berbudi pekerti.

Ini terjadi di kebanyakan negara Eropah dan juga Asia termasuk Jepun.

Mereka tidak perlu menggunakan tindakan tegas dan menguatkuasakan undang-undang ketat untuk mendidik rakyat mereka.

Rakyat mereka secara automatik tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

Ini berikutan pendidikan sivik sudah disemai dengan mendalam ke sanubari generasi muda dan menjadi ikutan sehingga mereka dewasa.

Di Jepun sebagai contoh, kita tidak akan melihat mereka menaiki keretapi secara terburu-buru atau tidak beratur walaupun masa merupakan satu faktor paling penting kepada mereka.

Mereka beratur dan menunggu penumpang di dalam keretapi keluar terlebih dahulu sebelum menaikinya.

Bukan sukar untuk diamalkan. Ia hanya menuntut guru-guru memberikan komitmen mendalam dalam aspek pendidikan sivik ketika mengajar mata pelajar berkenaan.

Tak kiralah kini dipanggil apa, namun kesedaran sivik atau tatarakyat perlu diterap semula secara mendalam di kalangan pelajar tidak kira sekolah rendah, menengah ataupun universiti.

Jika perkara ini diambil sambil lewa, Bidai percaya moral generasi akan datang pasti akan terhakis sedikit demi sedikit.

Dan jika ini terjadi, lambat laun, satu generasi kurang bermoral akan dilahirkan sehingga mampu menebal dalam setiap masyarakat.

Ketika itu siapa lagi yang nak disalahkan?

Fikirkanlah...

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.