VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 25/02/2011

Wang ihsan untuk pelajar cemerlang

KOTA BHARU 24 Feb. - Pelajar di negeri ini yang mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan awam, bakal menerima bantuan wang ihsan melalui peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, bantuan itu akan dibuat dalam masa terdekat mengikut daerah dan Parlimen.

Menurut beliau, agihan wang ihsan itu akan diuruskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta melibatkan pemimpin setempat.

Katanya, peruntukan sudah ada dan pihaknya sedang mengenal pasti bilangan pelajar cemerlang yang layak untuk menerima bantuan itu.

"Jumlah sumbangan akan kita bincangkan, kita nak tengok jumlah yang terlibat dulu, sebab kita tidak tahu berapa ramai yang cemerlang, keputusan baru sahaja keluar.

"Tentang syarat kita akan lihat, macam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kita sudah tahu 5A, Penilaian Menengah Rendah (PMR) 8A dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 9A.

"Cuma Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) lain sedikit, ada 'pointer', contohnya berapa ramai dapat 4.0, jadi kita kena lihat. Jika tak ramai, kita akan kurangkan sedikit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan wang ihsan kepada 16 keluarga mangsa kebakaran di kalangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8, Pengkalan Chepa di ibu Pejabat PGA dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Supritendan Rooslan Radzi dan Ketua UMNO Pengkalan Chepa, Dali Hussain.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan memberitahu, sebanyak RM55,000 telah diperuntukkan kepada mangsa terlibat, termasuk dua mangsa kebakaran di Kampung Baung dan Kampung Pauh Panji dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, setiap keluarga akan menerima sumbangan RM3,000 manakala keluarga yang cedera pula akan menerima bantuan sebanyak RM4,000.

"Kita sememangnya mempunyai peruntukan wang ihsan untuk kebakaran, tak kira di mana asalkan berlaku di Kelantan. Kita tidak kira sama ada yang terlibat kakitangan kerajaan atau pun orang awam, mereka tetap akan dibantu," katanya.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Zakaria Ghani, 51, berkata, dia terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan.

Menurutnya, sumbangan tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan bebannya yang kehilangan rumah dalam kebakaran tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.