VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 23/02/2011

Tawar pendidikan sepanjang hayat


KOLEJ Komuniti Jelebu menawarkan peluang pelajaran kepada segenap lapisan masyarakat.


JELEBU 22 Feb. - Pendidikan merupakan aspek terpenting buat masyarakat ketika ini memandangkan ia merupakan aset jangka panjang bagi melahirkan generasi yang mempunyai ilmu serta mempunyai kepakaran.

Menyedari hakikat pentingnya aspek pendidikan ketika ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan termasuklah menyediakan peluang pelajaran kepada segenap lapisan masyarakat.

Bukan itu sahaja, aspek ini bukan disasarkan kepada generasi muda malahan peluang mendapatkan pendidikan turut diberikan kepada golongan berusia.

Salah satunya ialah penubuhan Kolej Komuniti Jelebu yang dilihat berupaya untuk memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada mereka yang masih dahagakan ilmu untuk diamalkan.

Pengarahnya, Mat Misiah Ayob berkata, terdapat dua kursus utama yang ditawarkan kepada para pelajar di kolej berkenaan sama ada mereka memilih untuk kursus penuh atau pun kursus pendek.

''Bagi kursus pendek yang kini dikenali sebagai Program Latihan 1Malaysia meliputi kluster program seperti bahasa, kesenian, kebudayaan dan lain -lain lagi," katanya.

''Sebanyak empat program yang ditawarkan untuk kursus penuh ialah Sijil Pendawai Elektik Fasa Tunggal (PW2), Sijil Teknologi Pembinaan, Sijil Sistem Komputer & Sokongan dan Sijil Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan," katanya di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai Program Latihan 1Malaysia, Mat Misiah menjelaskan program ini terbuka kepada semua termasuklah warga emas yang mahu melanjutkan pelajaran.

Malah katanya, ramai di kalangan mereka menjadi usahawan melalui program yang ditawarkan sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan sampingan.

Katanya, sejak penubuhan kolej itu pada tahun 2004, Kolej Komuniti Jelebu telah mengeluarkan graduan sebanyak 1,293 orang yang terdiri daripada pelbagai program disediakan.

Jelas beliau, setakat ini seramai 298 orang pelajar sedang mengikuti kursus yang ditawarkan yang mana sebahaian besarnya mengikuti Sijil Pendawai Elektik Fasa Tunggal (PW2).

Tambah beliau, pelbagai kemudahan turut disediakan kepada para pelajar bagi membolehkan mereka mendapat pendedahan serta maklumat sepanjang mengikuti kursus yang ditawarkan.

''Malah kita juga mempunyai tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dan kebolehan selain lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi membolehkan mereka menjalani pengajian mereka di sini.

''Ini juga sejajar dengan hasrat kami dalam menganjurkan program pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses selain menyediakan laluan alternatif kepada pelajar yang tertinggal daripada pendidikan formal," katanya.

Mat Misiah berkata, kolej ini bukan hanya tertumpu kepada golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tetapi ia terbuka kepada orang ramai untuk melanjutkan pelajaran mereka.

''Kolej ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, malah sijil yang dikeluarkan sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

''Malah yuran pengajian amat berpatutan selain ia membolehkan semua pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)," katanya.

Jelasnya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kolej Komuniti Jelebu boleh berbuat demikian dengan menghubunginya di talian 06- 6138381 tau melayari laman web di www.kkjel.edu.my.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.