VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 21/02/2011

DNJ Spa Candle perluas pasaran lilin


Nadzriyah Jaafar menunjukkan produk lilin aromaterapi berjenama DNJ.


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Hanya bersandarkan kepada kualiti yang ditawarkan, DNJ Spa Candle (M) Sdn. Bhd. (DNJ Spa Candle) bertindak untuk menongkah arus dalam memasarkan produk penjagaan kesihatan, lilin aromaterapi yang menggunakan jenama DNJ.

Meskipun baru berusia setahun, lilin aromaterapi yang menjalani penyelidikan dan pembangunan sejak 1996 di Sungai Petani itu sudah pun berada di pasaran Eropah.

Pengasas dan Pengarah Urusan DNJ Spa Candle, Datin Nadzriyah Jaafar berkata, beliau menjadikan pasaran asing sebagai pertaruhannya bagi mencabar diri sendiri dalam memasarkan produknya ke luar negara.

Tanpa bantuan mana-mana agensi, DNJ membuktikan pertaruhan yang dilakukan itu berjaya apabila ia sudah mendapat tempat Perancis, United Kingdom, Switzerland, Itali, Jerman, Austria dan Amerika Syarikat.

Beliau kini sedang melebarkan sayapnya ke Timur Tengah khususnya di Dubai, Kuwait, Hong Kong, China dan pasaran Asia Tenggara.

Nadzriyah mengakui bukan mudah laluan yang dipilih tetapi atas kesungguhan untuk membuktikan produknya adalah berkualiti tinggi, kesukaran yang dihadapi menjadi pencetus semangatnya.

''Akhirnya saya berjaya kerana produk DNJ mendapat pengiktirafan, bukan satu sebaliknya empat.

''Ia sudah cukup membuatkan saya terus bersemangat untuk bersaing di pasaran antarabangsa,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Antara pengiktirafan yang diterima terhadap DNJ ialah International Golden Award For Business Excellence di Madrid, Sepanyol, Golden Medal For Business Excellence di Sepanyol dan Platinum Technology Award For Quality and Best Trade Name 2010 di Geneva.

Jelasnya, pengiktirafan itu membuktikan bahawa DNJ adalah produk bermutu tinggi dan yang lebih utama ia adalah halal.

DNJ adalah produk lilin aromaterapi yang mampu bertindak sebagai minyak yang boleh digunakan untuk tujuan berurut dan terapi.

Setakat ini, ia DNJ Spa Candle telah menghasilkan enam produk yang didakwa pertama seumpamanya di dunia iaitu Slimming Therapy, Detox Therapy, Awake Therapy, Asleep Therapy, Relax Therapy dan anti-selsema.

''Dengan penggunaan lilin ini sama ada dengan menghidu aroma yang dihasilkan lilin atau menggunakan minyak untuk berurut, para pengguna dapat menangani masalah-masalah yang dihadapi,'' katanya.

Menurut beliau, produk-produk itu kini digunakan secara meluas di klinik-klinik, pusat spa dan hotel di luar negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.