VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 18/02/2011

Sayur-sayuran hiasan landskap Taman Dapur


Suasana kampung yang damai dan menyegarkan dengan pokok menghijau menjanjikan percutian dan pengalaman manis terutama bagi warga kota yang inginkan ketenangan sepanjang berada di Homestay Felda Semenchu, Kota Tinggi.


KOTA TINGGI 17 Feb. - Taman Dapur atau taman sayur-sayuran merupakan antara tarikan utama di Homestay Felda Semenchu dan ia merupakan satu-satunya lokasi yang mempunyai lokasi dengan tema tersebut di negeri ini.

Omar berkata, Taman Dapur itu merupakan antara usaha penduduk Felda tersebut dalam mewujudkan kelainan berbanding homestay lain yang terdapat di sekitar negeri ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengusaha lain akan mempertaruhkan tarikan semula jadi yang ada di kawasan mereka untuk menarik pelancong menginap tetapi Homestay Felda Semenchu mengambil pendekatan berbeza.

"Pada kebiasaannya, orang ramai akan menanam bunga hiasan di halaman rumah masing-masing untuk mengindahkan landskap, tetapi kami di Felda Semenchu menanam sayur-sayuran sebagai hiasan landskap.

"Landskap akan menjadi lebih cantik daripada kebiasaan apabila dihiasi dengan pokok terung, kobis, kacang panjang dan pokok-pokok herba. Ada juga yang lebih kreatif, menghiasi pintu masuk halaman rumah dengan pokok markisa," katanya.

Seorang pengusaha homestay di sini, Subari Radyo, 62, berkata, pelbagai sayur-sayuran ditanam di halaman rumah dan ada sesetengah pengusaha di sini turut mengusahakan tanaman herba bagi menambah sumber pendapatan, di samping menghiasi landskap kediaman masing-masing.

Katanya, antara yang ditanam termasuk halia bara, kunyit putih, mas cotek, pecah beling dan pelbagai lagi herba lain.

"Tanaman herba ini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat luar.

"Ada juga orang dari luar sanggup datang ke sini untuk mencari tanaman ini kerana di sini harganya lebih murah berbanding di tempat lain.

"Sejak kebelakangan ini, bilangan jumlah tanaman seperti sayur dan pokok herba semakin berkuranagan.

"Ini kerana yang mengusahakannya adalah golongan warga emas dan kebanyakan anak-anak mereka tinggal di bandar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.