VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 18/02/2011

Pupuk cinta kepada Rasulullah SAW

Soalan:

SABAN tahun kita menyambut Maulid Rasululllah SAW. Soalan saya, apakah yang dituntut melalui sambutan maulid ini?

Jawapan:

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberi kita peluang menjadi umat baginda Rasulullah SAW. Sungguh beruntung menjadi umat baginda SAW.

Di dalam menyambut Maulid Rasulullah SAW ada beberapa kewajipan yang perlu kita penuhi sebagai umat baginda. Antaranya adalah:

1- Mencintai baginda mengatasi segala sesuatu.

Cinta setiap orang yang beriman kepada Allah SWT mestilah dibulatkan hanya sanya kepada Rasulullah SAW. Tidak suatu apa pun yang paling bernilai baginya melainkan nabi SAW.

Rasulullah SAW dicintai, dikasihi, dirindui dan sangat berharap bertemu dengan baginda di padang mahsyar kelak.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman kalian selagi mana aku tidak dicintai mengatasi ibu bapa, anak pinak dan manusia keseluruhannya. (riwayat al-Bukhari).

Dalam hadis ini, nabi SAW menafikan kesempurnaan iman seseorang yang tidak menyintai baginda mengatasi segala sesuatu.

Firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (al-Taubah: 24)

Kebanyakan ulama tafsir seperti Ibn Kathir, Fakruddin al-Razi dan yang lain berpendapat, tidak ada yang lebih dahsyat kecamannya ke atas orang yang menyintai selain Allah SWT melainkan ayat ini.

Ini kerana di hujung ayat ini Allah SWT mengecam orang yang meninggalkan cinta terhadap nabi SAW dengan satu penantian akan datangnya azab Allah SWT.

Apa yang Allah SWT nyatakan dalam ayat ini adalah suatu yang sangat realistik. Sebabnya, apa yang berlaku di sekeliling kita kini menjadi saksi kepada ayat ini.

Memang sudah ada di kalangan umat ini yang sudah tidak kenal nabi SAW, anak-anak baginda, isteri-isteri baginda serta ahli keluarga baginda yang lain. Generasi hari ini lebih mengenali artis sensasi atau artis yang banyak menang anugerah dalam dunia hiburan.

Bila umat sudah tidak lagi mengenali nabi SAW pembawa rahmat ke seluruh alam, maka tunggulah sehingga datangnya ancaman Allah SWT.

Ancaman dalam ayat ini bukan berbentuk ancaman terhadap alam tetapi ancaman terhadap manusia yang ditimpa wabak kesesatan dan kehinaan kerana sudah meninggalkan nabi SAW dan ajaran yang dibawa oleh baginda.

Setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya wajib mengenali baginda dengan lebih dekat melalui pembacaan sirah kehidupan baginda yang akan mengenalkan kita kepada baginda.

2. Bacalah sirah junjungan nabi SAW, kita akan ketahui baginda menghabiskan usia baginda dalam menabur jasa dan bakti kepada umat yang tercinta. Baginda sering sedih mengenangkan nasib umat selepas ketiadaan baginda.

Dalam hadis-hadis yang jelas bahawa baginda bersabda sesungguhnya umat ini akan lebih selesa dengan budaya yahudi dan nasara, sedikit demi sedikit ajaran agama ditinggalkan, akhirnya yang tinggal adalah ajaran seperti dagangan, kalau ada yang berpegang dengan orang akan merasa pelik dan janggal.

Gundah gulana baginda memikirkan umat ini, sehingga ke akhir hayat baginda memikirkan umatnya. Inilah cinta luar biasa nabi SAW terhadap umatnya.

Persoalannya sudah terbalaskah cinta baginda itu? Adakah kita yang saban tahun menyambut maulid Rasul SAW telah mencintai baginda mengatasi segala sesuatu? Atau kita masih bersikap murahan dengan dunia seperti yang digambarkan oleh al-Quran?

Lihat firman Allah SWT yang bermaksud: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (ali-'Imran: 14)

Jadikan dunia sebagai jambatan dan jangan jadikan dunia sebagai matlamat. Carilah keuntungan dunia, tapi jangan abai perintah Allah SWT. Umat Islam perlu menguasai dunia tetapi bukan dengan menggadai agama dan nilai maruah sesebuah bangsa.

Apabila manusia terlalu banyak menyantuni dunia maka lupalah dia untuk mencari cinta Allah SWT dan rasul-Nya.

Generasi yang paling hebat dalam menyintai nabi SAW adalah para sahabat. Mereka bersama baginda dalam mengembangkan Islam, menyaksikan suka dan duka yang dilalui baginda.

Kesemua cercaan dan kesakitan baginda tanggung kerana umat. Keadaan ini menjadikan para sahabat menyintai nabi mengatasi segala sesuatu.

Buktinya, Bilal menitiskan air mata, sebak dan tidak keluar suara ketika melafazkan azan, kerana terkenangkan nabi SAW, Umar bin al-Khattab cabar memancung leher sesiapa sahaja yang mengatakan Rasulullah SAW wafat.

Kaum ibu pula apabila anak-anak mereka menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW, yang mereka doakan ialah keselamatan Rasulullah SAW.

Apabila peperangan tamat para ibu akan ke medan untuk memastikan agar baginda Rasulullah SAW masih hidup. Inilah erti cinta mereka kepada Rasulullah SAW.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.