ARKIB : 17/02/2011
BN Parlimen Setiawangsa jawab jumlah daftar pemilih
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiawangsa hari ini mempertikaikan jumlah 7,630 pengundi baru yang dikatakan berjaya didaftarkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan itu dari 1 Januari hingga Disember 2010 kerana jumlah keseluruhan yang berjaya didaftarkan termasuk oleh BN jauh lebih rendah daripada itu.
Setiausahanya, Abdullah Mat berkata, pihaknya telah merujuk warta pemilih berdaftar terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengikut maklumat itu, jumlah pengundi baru yang didaftarkan dan diwartakan oleh SPR di kawasan tersebut dari 1 Januari hingga 30 September 2010 ialah 2,599 orang.
Menurutnya, jumlah pengundi baru yang didaftarkan dari tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember 2010 dan dipamerkan pada 9 Februari 2011 pula adalah 1,268 orang tetapi jumlah itu belum diwartakan.
“Dengan mengambil kira kedua-dua kumpulan pengundi baru didaftar itu, jumlah keseluruhan pengundi baru didaftar di Parlimen Setiawangsa sepanjang 2010 adalah berjumlah kira-kira 3,877 orang.
“Ini juga tidak termasuk jumlah pengundi yang didaftar oleh BN Parlimen Setiawangsa pada 2010,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas artikel bertajuk ‘Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur, ibu negaraku!’ yang disiarkan di ruangan Cuit, Utusan Malaysia hari ini.
Artikel tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan itu antara lain menyebut jumlah yang berjaya didaftarkan oleh BN dalam tempoh 1 Januari hingga Disember 2010 ialah 17,181 pemilih atau 35.45 peratus sementara pembangkang ialah 31,285 pemilih atau 64.55 peratus.
Berdasarkan perbandingan parti-parti yang bekerja keras untuk mendaftarkan atau menarik orang ramai menjadi penyokong mereka, UMNO adalah seramai 4,605 pemilih manakala MCA (1,679 pemilih), MIC (1,990 pemilih), Gerakan (36 pemilih) dan PPP (8,871 pemilih).
Daripada 12 kawasan Parlimen itu, Gerakan hanya berjaya mendaftarkan 36 orang di satu kawasan iaitu Setiawangsa.
Berbeza dengan pembangkang, DAP mendaftarkan 14,718 pemilih, Pas (1,073 pemilih) dan PKR paling cemerlang dengan 15,494 pemilih.
DAP berjaya mendaftarkan sebanyak 7,195 pemilih di Segambut serta 2,764 orang di Seputeh dan 2,481 orang lagi di Cheras.
Pas pula tidak banyak mendaftarkan pemilih dengan hanya mencatatkan secara signifikan di Putrajaya seramai 327 orang dan di Bukit Bintang 234 orang.
PKR sebaliknya dikatakan berjaya mendaftarkan 7,630 orang di Setiawangsa, Batu (4,593 orang), Bandar Tun Razak (1,371 orang) dan Kepong (1,248 orang).
Menurut Abdullah, jumlah pemilih yang didaftarkan dan diwartakan oleh SPR di Parlimen Setiawangsa dalam tempoh itu adalah jauh lebih kecil daripada jumlah pengundi baru yang dikatakan didaftarkan PKR iaitu 7,630 orang seperti yang dilaporkan rencana terbabit.
Kenapa DAP tidak mahu?
Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat
Nasihat Nalla kepada Anwar
Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing
Karpal syor mansuhkan Dewan Negara
Khairy tidak sepatutnya bercakap bagi pihak Zahid - ZAM
Penyokong pembangkang cetus provokasi - Hamidah
Bekas calon BN DUN Selinsing meninggal dunia
Nasib ahli UMNO sabotaj BN diketahui minggu depan
Malaysia Spring dirancang awal
Usaha damaikan Najib-Anwar hanya buang masa
Nik Nazmi tidak mengaku salah
Pas akui dasar belum sempurna
Perhimpunan di Padang Kota Lama ditolak
Guan Eng didesak minta maaf kepada masyarakat India
Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X
Minta MCA tidak pecat Siew Kiong
Pas lapang dada terima keputusan PRU-13
Penganjur wacana dipanggil beri keterangan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









