VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 15/02/2011

Kerajaan bangunkan teknologi baru tanam padi bukit


FADILLAh Yusuf (tengah) melihat seorang penduduk menunjukkan kaedah menuai padi bukit di Kampung Gahat Mawang, Samarahan, kelmarin.


SAMARAHAN 14 Feb. - Kerajaan menerusi program penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan membangunkan teknologi baru penanaman padi bukit di negeri ini bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan nilai komersialnya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, hasil penemuan baru oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) misalnya, digunakan untuk membangun serta menambah baik pakej pengurusan tanaman padi bukit pada masa akan datang.

Katanya, penemuan itu merupakan hasil program R&D MARDI di dua lokasi iaitu Kampung Gahat Mawang di Tebedu dan Kampung Sepadah di Bau.

"Maklumat bancian juga dijadikan sebagai penanda aras kepada projek yang sedang dilaksanakan di kedua-dua lokasi terbabit bagi kerja pemprosesan yang memberi nilai tambah kepada hasil tuaian padi bukit.

"Program R&D yang dilaksanakan oleh MARDI menerusi projek ini juga bersifat mesra alam iaitu petani padi bukit tidak perlu lagi mengamalkan pertanian pindah randah atau menebang pokok dan membakarnya," katanya.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan kerja ke tapak kerja projek meningkatkan potensi hasil padi bukit di Kampung Gahat Mawang di Tebedu, dekat Serian semalam.

Kedua-dua projek tersebut dibiayai oleh TechnoFund sebanyak RM1.3 juta dan bermula dua tahun lalu dan dijangka berakhir pada Ogos ini membabitkan 31 peserta iaitu 27 orang dari Kampung Gahat Mawang dan empat dari Kampung Sepadah.

Bagi musim pertama iaitu 2009 dan 2010, projek di Kampung Gahat memperoleh hasil purata sebanyak 916 kilogram sehektar berbanding hasil petak kawalan sebanyak 737 kilogram sehektar dengan peningkatan sebanyak 24.1 peratus.

Sementara itu, projek di Kampung Sepadah pula berjaya memperoleh hasil sebanyak 2,021 kilogram sehektar berbanding 1,414 kilogram sehektar untuk petak kawalan iaitu peningkatan sebanyak 42.4 peratus.

Fadillah berkata, kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Permodenan Pertanian negeri bercadang untuk mengembangkan lagi projek tersebut ke beberapa kawasan seperti Sri Aman, Sarikei dan Kapit melibatkan keluasan tanah kira-kira 12,000 hektar.

Katanya, pada masa ini Sarawak mempunyai tapak penanaman padi bukit seluas 57,199 hektar atau 49 peratus daripada kawasan penanaman padi di seluruh negeri membabitkan kira-kira 80,000 petani.

"Jika di Kampung Gahat dan Kampung Sepadah berjaya dalam projek tersebut, kita akan perluaskannya ke kawasan lain dan mungkin melibatkan kaedah serta pendekatan yang berbeza.

"Ini kerana projek perintis itu dipercayai mampu mengubah nasib 80,000 penanam padi bukit di negeri ini menerusi teknologi baru yang kini dalam percubaan MARDI seperti penapakan tanaman, pengurusan pembajaan, pengurusan rumpai, pengurusan penyakit dan perosak serta mekanisme penanaman dan penuaian," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.