VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 14/02/2011

2 kumpulan gengster bergaduh, 4 cedera

KLANG 13 Feb. - Empat cedera parah termasuk seorang ditembak dalam pergaduhan bersenjata membabitkan dua kumpulan gangster di Jalan Datuk Manan, Kapar di sini, awal pagi ini.

Dalam pergaduhan melibatkan lebih 20 lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang dipercayai kerana dendam itu, dua buah kereta Proton Waja dan Proton Perdana milik anggota kedua-dua kumpulan terbabit musnah terbakar.

Polis yang tiba di tempat kejadian menemui senjata tajam seperti parang dan besi dipercayai digunakan semasa pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, semasa anggotanya tiba di lokasi pergaduhan, empat lelaki yang cedera parah terbaring di atas jalan raya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di sekitar tempat kejadian menemui beberapa batang besi dan parang.

"Kita telah menghantar kesemua lelaki yang cedera ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk dirawat dan ditahan untuk siasatan.

"Hasil soal siasat terhadap mereka, kita berjaya menahan tiga lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu kesemua anggota kumpulan gengster terlibat.

Katanya, pihaknya menyiasat kes tersebut daripada pelbagai sudut termasuk kerana dendam dan wanita.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 148 akta yang sama kerana memiliki senjata berbahaya," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.