VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Ogos 2014 / 28 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 27/01/2011

Kejayaan hasil pembaharuan, transformasi dasar-dasar kerajaan

PENCAPAIAN Malaysia menduduki tempat ke-27 dalam Indeks Globalisasi Ernst & Young 2010 sungguh membanggakan.

Berada di tangga 27 dalam Indeks Globalisasi bagi tahun 2010 amat baik dibandingkan pencapaian 2009 yang mana Malaysia di kedudukan ke-33.

Indeks itu mengukur 60 ekonomi terbesar mengikut tahap globalisasi yang berkaitan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara masing-masing.

Sebab itu kita patut berbangga kerana Malaysia cuma berada di belakang Australia dan berjaya pula mengatasi Amerika Syarikat dari segi KDNK.

Kejayaan terbaharu ini adalah susulan memberangsangkan sejak tahun lalu. Satu demi satu kedudukan negara dalam senarai pembangunan ekonomi diiktiraf di peringkat global.

Pada Disember lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-57 daripada 169 negara mengikut Indeks Pembangunan Manusia (HDI) 2010 yang dikeluarkan oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Indeks tersebut menggambarkan kualiti hidup di sesebuah negara mengikut kriteria tertentu seperti pendidikan, ekonomi dan taraf hidup.

Pada November lalu juga Malaysia mencatatkan peningkatan mengagumkan sebanyak lima anak tangga dan merupakan antara 20 negara terunggul dalam Indeks Pembangunan Kewangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) tahun 2010, ekoran pertambahan besar pengumpulan mata, terutama daripada segi kestabilan kewangan hingga mengatasi Singapura.

Kemampuan negara meningkatkan kedudukan dalam Indeks Globalisasi Ernst & Young 2010 adalah melalui pelbagai inisiatif kerajaan termasuk Model Baru Ekonomi (MBE) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Di samping itu, pencapaian itu dibantu melalui suasana ekonomi yang stabil, keselamatan yang terjamin hingga mendorong pelabur asing terus menanam modal di negara ini.

Berkat usaha gigih itu juga Malaysia buat kali pertama berjaya berada pada kedudukan di kalangan 10 negara paling berdaya saing di dunia, mengikut laporan World Competitiveness Yearbook 2010 (WCY) yang diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Switzerland.

Pencapaian terbaru di awal tahun ini adalah satu kejayaan besar kepada Malaysia. Ini adalah hasil inisiatif inovatif yang diambil oleh kerajaan bagi memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan sektor swasta yang berdaya tahan.

Kerjasama sektor awam dan swasta telah berjaya dan dapat dijadikan asas bagi pertumbuhan yang kukuh, stabil dan menyeluruh untuk masa hadapan.

Kita tidak dapat nafikan, kejayaan ini juga adalah hasil pembaharuan dan transformasi dasar-dasar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Salah satu faktor ialah melalui program Pelan Transformasi Kerajaan yang memberi fokus kepada usaha kerajaan dalam bidang utama seperti memperkukuhkan persekitaran perniagaan, membanteras rasuah, memperbaiki infrastruktur, mempermudahkan prosedur kerajaan dan mengukuhkan sistem pendidikan.

Hakikatnya, kita mampu memperbaiki kelemahan dan mengubah pandangan negatif terhadap negara ini, jika kita mahu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.